• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditumbuk Hanya Kerana Gara-Gara Ketawa

oleh Ahmad Albab
18/03/2015
dalam Terkini
2
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang lelaki terkedu apabila ditumbuk secara tiba-tiba oleh seorang kakitangan awam ketika dia menjalankan urusan di kaunter sebuah pejabat kerajaan, di sini.

Menurut mangsa, dia berbual dengan seorang kakitangan awam lain di sebuah kaunter ketika menunggu urusannya selesai.

“Saya sudah kenal dia lebih daripada dua tahun dan kami juga ketawa dan sebagainya masa itu sebelum dia tumbuk saya tiba-tiba.

“Rupa-rupanya dia tak puas hati sebab saya dikatakan cuba mentertawakannya. Saya ada minta maaf tapi dia tetap hendak tumbuk saya sekali lagi,” katanya.

Kejadian yang berlaku minggu lalu turut disaksikan orang awam dan kakitangan yang berada di pejabat berkenaan.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 46 tahun cedera di mata sebelah kiri.

Lelaki yang berasal dari Sungai Ara itu berkata, dia terkilan dengan perbuatan kakitangan berkenaan yang menyerangnya secara tiba-tiba.

“Kami saling mengenali antara satu sama lain.

“Mujur juga ada kakitangan lain yang cuba meleraikan ketika dia mahu tumbuk saya buat kali kedua,” katanya.

Difahamkan, berikutan kejadian itu, mangsa turut membuat laporan polis demi menjamin keselamatannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, beliau akan menyiasat kejadian tersebut.

“Saya masih belum mendapat maklumat jelas berhubung isu berkenaan, bagaimanapun saya akan siasat berdasarkan laporan yang diberikan,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: kes gaduhlaporan polis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hans Wong Terus ‘Kunci Mulut’ Tentang Tasha Shilla

Next Post

VIDEO: Karma… Berbuat Baik Dibalas Baik, Berbuat Jahat..?

Related Posts

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

Na’imah Tuntut Keadilan Laporan Polis Berstatus NFA

23/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin menegaskan tidak akan berdiam diri dalam menuntut...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Next Post

VIDEO: Karma... Berbuat Baik Dibalas Baik, Berbuat Jahat..?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd