• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dapatkan Vaksin Influenza A Sebelum Ke India – KP Kesihatan

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Individu yang ingin ke India terutama kanak-kanak, warga tua dan wanita mengandung digalak mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim termasuk untuk selesema babi atau influeza A (H1N1) yang terdapat dalam pasaran.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti penyakit kronik paru-paru dan jantung, penyakit buah pinggang dan pesakit yang mengalami “immune-suppression” juga disaran mendapatkan vaksin sama sebelum mengunjungi India.

Katanya vaksin itu boleh diperoleh di fasiliti kesihatan swasta.

“Sekiranya terdapat gejala penyakit seperti demam, selesema, sakit tekak dan batuk adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian berikutan laporan Kementerian Kesihatan India yang mengesahkan wujud penularan wabak influenza A iaitu jenis virus sama dengan pandemik H1N1 yang berlaku pada tahun 2009.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ogos 2010 mengumumkan bahawa dunia kini berada dalam fasa pasca pandemik H1N1 dan agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu itu tidak lagi memantau jangkitan influenza H1N1 secara khusus.

Ini disebabkan cara jangkitan, tanda-tanda jangkitan, risiko jangkitan dan komplikasi akibat influenza A adalah serupa dengan influenza bermusim yang lain.

Cara jangkitan virus influenza bermusim termasuk H1N1 di dalam komuniti adalah secara sebaran melalui cecair batuk atau bersin oleh mereka yang dijangkiti.

Menjelas lanjut, Dr Noor Hisham berkata sebagai langkah kesiapsiagaan, Kementerian Kesihatan melakukan pemantauan situasi influenza di negara ini bagi mengesan sebarang kejadian luar biasa.

Katanya pemantauan dibuat melalui Malaysian Influenza Surveillance System (MISS) meliputi penyakit serupa influenza (ILI) pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan juga pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi kerana jangkitan saluran pernafasan teruk.

Selain itu Dr Noor Hisham berkata Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perubatan juga bertanggungjawab memantau jenis virus influenza di negara ini.

Beliau berkata walaupun WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan ke India, orang awam adalah dinasihat sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan influenza.

“Kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan, memakai penutup mulut dan hidung sekiranya berdekatan dengan orang yang mempunyai gejala jangkitan, amalkan adab batuk yang baik serta amalkan cara hidup sihat.

“Orang awam juga dinasihat agar mengelak daripada mengunjungi kawasan yang sesak dengan orang ramai,” katanya. – BERNAMA

Tags: KKMVaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd