• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Juga Pernah Membelakangkan PAS – Hadi

oleh Ahmad Albab
23/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – DAP perlu cermin diri sebelum memanggil PAS sebagai pengkhianat kerana parti itu juga pernah membelakangkan PAS, termasuk dalam isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata tiada istilah ‘khianat’ kerana DAP menerusi penasihatnya Lim Kit Siang telah menandatangani kenyataan bersama pada tahun 2011 yang ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ dalam pelaksanaan hukum hudud.

Turut menandatangani kenyataan bersama itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

“Kami buat kenyataan bersama bahawa kami (Pakatan Rakyat-PR) menerima hakikat itu adalah hak kerajaan Kelantan (untuk melaksanakan hudud) dan kami beri ruang kepada DAP untuk tidak bersetuju.

“Kami tidak halang mereka untuk tidak setuju. Kami bukan orang Melayu yang mudah lupa. Kami orang Islam yang tidak lupa.

“Macam dalam isu pilihan raya PBT, kami (PAS) tidak setuju, tapi DAP tetap kemuka dalam (sidang) dewan (undangan) negeri dia (Pulau Pinang). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu bezanya,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas penutupan Ijtima’ Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di sini, semalam.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, menyifatkan Abdul Hadi bertindak khianat dan sengaja melakukan provokasi untuk memecahbelahkan PR, kerana memberi notis kepada Parlimen pada 18 Mac lalu untuk melaksanakan hukum hudud dengan meminda Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Sementara itu, mengulas mengenai pendirian PKR untuk tidak menyokong cadangan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian itu di Parlimen, Abdul Hadi berkata perkara itu biasa dalam amalan demokrasi, malah perbezaan pendapat juga berlaku dalam parti.

“Pakatan Rakyat merupakan satu pakatan yang longgar… memang ada dasar yang berbeza. Ada perkara yang sama dan ada perkara tidak. Kami tidak boleh halang (jika) ada dalam pakatan memberi pandangan berbeza,” katanya.

Abdul Hadi bagaimanapun enggan mengulas sama ada PAS akan keluar daripada PR disebabkan perselisihan itu, sebaliknya berkata ‘PAS masih bersama pakatan’.

Mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri bahawa RUU itu mungkin tidak dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang, beliau berkata perkara itu boleh diputuskan mengikut budi bicara Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia).

Katanya mengikut Peraturan Mesyuarat, RUU persendirian hendaklah diusulkan dan perlu mendapat keizinan daripada seorang menteri terlebih dahulu sebelum boleh dibentangkan.

“Soal sama ada boleh atau tidak mendapat majoriti (jika berlaku pengundian kelak), kami kena lihat tapi kewajipan kami adalah untuk membentang (RUU),” katanya.

– BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd