Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Pendekatan Baharu Semarak Industri...

KANGAR - Kerajaan sentiasa mencari pendekatan baharu untuk menyemarakkan industri pelancongan negeri selain...

Rockers Curi Hati Keeper...

TAHUN 2017 ini bagaikan 'tahun penemuan cinta' pagi ramai orang termasuk golongan selebriti...

Malaysia Antara Negara Tertinggi...

BATU PAHAT - Malaysia adalah antara negara yang mencatatkan indeks kematian akibat kemalangan...

Boleh Mohon Tak Jalani...

PUTRAJAYA - Individu yang disahkan negatif COVID-19 dan diarahkan menjalani kuarantin wajib selama...

Cuaca Panas Terik Cabaran Utama Pasukan LTdL 2015

LANGKAWI – Perlumbaan berbasikal terulung negara, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 yang bermula secara rasmi di sini, esok, sejauh 99.2km menjanjikan saingan sengit bagi 22 pasukan yang mengambil bahagian.

Perlumbaan berstatus ‘Hors Classe 2.0’ bertemakan ‘Melangkah ke hadapan’ dan disokong oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyaksikan penyertaan empat pasukan profesional, tujuh pasukan pro benua, 10 pasukan benua selain pasukan kebangsaan Malaysia.

Keadaan cuaca panas terik sejak kebelakangan ini dijangka menjadi cabaran utama kepada pelumba yang bertanding dalam mencatur strategi terbaik merebut empat jersi yang ditawarkan iaitu jersi kuning (juara keseluruhan), jersi hijau (raja pecut), jersi merah (raja bukit) dan jersi putih selaku pelumba terbaik Asia.

Keputusan penganjur, Human Voyage Sdn Bhd untuk memendekkan jarak laluan kepada lapan peringkat sejauh 1,118km berbanding jarak 1,495.9km (10 peringkat) tahun lepas, tidak akan memberi kesan kepada kemeriahan perlumbaan walaupun tidak melalui beberapa negeri di bahagian selatan tanah air seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pengarah Teknikal LTdL, Geoff Kronenburg sebelum ini dilaporkan sebagai berkata keputusan untuk memendekkan laluan itu adalah atas permintaan beberapa pihak termasuk pasukan terkemuka dunia dari benua Eropah dan Amerika Utara memandangkan perlumbaan itu merupakan pembuka tirai musim jelajah berbasikal dunia.

“Walaupun ia dipendekkan, itu tidak bermakna ia sudah tidak mencabar lagi. Ia masih mencabar dan masih status Hors yang mengambil kira betapa mencabar perlumbaan itu dan juga tahap kesukaran perlumbaan berkenaan,” katanya.


Penyertaan sulung pasukan bertaraf dunia, Team Sky dari United Kingdom dan pasukan pro benua dari Afrika Selatan, MTN-Qhubeka, menambahkan kerancakan perlumbaan memandangkan mereka menghantar pelumba terbaik yang pernah melakar kemenangan dalam beberapa kejohanan berbasikal terkemuka antarabangsa.

Team Sky, umpamanya dijangka menyandarkan harapan kepada Sebastian Henao, 21, yang merupakan juara kebangsaan Colombia musim ini dan beliau dijangka dicabar bagi gelaran ‘Raja Bukit’ oleh pelumba MTN-Qhubeka, Merhawi Kudus dari Algeria yang mempunyai pengalaman bersaing dalam laluan berbukit.

Persaingan tiga pasukan profesional antarabangsa iaitu Astana Pro Team (Uzbekistan), Tinkoff-Saxo (Denmark) dan Orica GreenEdge dari Australia dijangka paling menarik memandangkan majoriti pelumba mereka pernah bertanding dalam beberapa kejohanan terkemuka seperti Giro d’Italia dan Tour de France.

Dalam pada itu, PKBM mengambil risiko tinggi dengan mempertaruhkan gabungan pelumba veteran dan muda bagi menggalas cabaran skuad negara pada tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori