• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Ancam Tindak Balas Susulan Serangan Myanmar

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Tentera China akan mengambil langkah “muktamad” jika berlaku lagi serangan oleh tentera Myanmar di wilayah China, tegas seorang pegawai kanan tentera.

Kenyataan itu dibuat selepas bom yang dilepaskan pesawat Myanmar jatuh ke wilayah China dan membunuh empat rakyat negara itu.

Pasukan keselamatan Myanmar bertempur dengan pemberontak di sempadan China sejak bulan lalu dan China menggesa Myanmar mengendurkan keadaan.

Namun, Myanmar menafikan ada bom pasukan keselamatannya yang jatuh di wilayah China, sebaliknya menyatakan pemberontak mungkin menembak bom itu ke wilayah China untuk mencetuskan salah faham. Pemberontak tidak memiliki sebarang pesawat.

Tentera udara China sudah menghantar pesawat bagi meronda kawasan sempadan itu dan meningkatkan kawalan ruang udaranya.

China juga memanggil duta Myanmar untuk membantah insiden pengeboman itu.

China dan Myanmar berkongsi sempadan sejauh 2,000 kilometer dengan sebahagian besar adalah kawasan pedalaman yang sukar diakses. – Reuters

Tags: serangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Terharu Saksikan Gelombang Biru Semasa Penamaan Calon

Jalaluddin Terharu Saksikan Gelombang Biru Semasa Penamaan Calon

18/07/2026
0

JELEBU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias melahirkan rasa terharu dengan semangat luar biasa yang...

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd