• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon PAS Akui Kempen Perlahan Tanpa BN

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS, dalam misi mempertahankan kerusi Dun Chempaka, dilihat tidak lagi bersungguh-sungguh berkempen selepas BN memutuskan tidak bertanding kerana memberi fokus kepada bantuan banjir di Kelantan.

Calon Pas pada PRK Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad ketika ditemui pemberita mengakui kempen yang dijalankan parti itu perlahan dan jentera parti masih kurang bekerja.

Ahmad Fathan berkata, ia berikutan tiada persaingan daripada ‘musuh ketat’ mereka iaitu BN.

“Kalau tengok suasana berkempen masih lagi sejuk, jentera (PAS) sedikit perlahan (bekerja),” katanya ketika ditemui di sebuah rumah penduduk yang mengadakan kenduri di Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata PAS tetap mahukan majoriti kawasan berkenaan meningkat.

“Kita seboleh-bolehnya nak kekal ataupun tingkatkan majoriti yang pernah diperoleh Allahyarham Nik Abdul Aziz (Nik Mat) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

“Ia akan dijadikan kayu ukur kepada Pas untuk menghadapi PRU14 nanti walaupun dalam masa yang sama, kita jangka peratusan keluar mengundi akan menurun,” katanya.

BN memutuskan tidak bertanding pada PRK itu bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir setelah Kelantan dilanda banjir luar biasa pada Disember tahun lepas.

PRK tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, akibat kanser prostat pada 12 Februari lepas.

PRK Dun Chempaka pada 22 Mac ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas. – BERNAMA

Tags: PRK Dun Chempaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Dun Chempaka: SPR Anggar 55 Peratus Keluar Mengundi

22/03/2015
0

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan sejumlah 55 peratus daripada 21,890 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka pada...

Kesemua 9 Pusat Mengundi PRK Dun Chempaka Ditutup

22/03/2015
0

KOTA BHARU - Sembilan pusat pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ditutup 5 petang ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd