Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Pemungut Sampah Curi Untuk...

KUANTAN - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pemungut sampah dihukum...

Pengguna Baca Berita Terkini...

KUALA LUMPUR - Pengguna telefon pintar di Malaysia lebih gemar membaca berita terkini...

Anak Che Ta Tayang...

ANAK muda zaman sekarang ni ramai yang masih bersekolah pun sudah ada kekasih...

Wartawan Dedah Badan Ketika...

SEORANG wanita yang terlalu ingin menjadi seorang wartawan TV telah menjadi sensasi di...

Bilal Robot: Inovasi Dalam Mengajar Anak-Anak Bersolat

TERDAPAT pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengajar kanak-kanak bersolat.

Semasa penulis kecil dahulu, bapa akan membawa kami adik beradik lelaki ke masjid untuk ikut solat berjemaah.

Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan menanamkan minat bersolat di sanubari anak-anak mereka.

Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa terluang untuk mengajar, anda mungkin boleh menggunakan Bilal Robot.

Bilal Robot adalah robot yang bukan sahaja mengajar anak-anak cara bersolat, ia juga mengajar anak-anak bacaan solat yang betul.

bilal roboo

Selain itu ia juga mempunyai fungsi mengajar anak-anak asas Bahasa Arab dan matematik.. (ilmu dunia juga tidak dilupakan nampaknya).

Bagaimanapun, robot mengajar ini masih mengumpul dana bagi penghasilan pada skala besar-besaran di Kickstarter.


Kutipan dana sebanyak USD560,000 diperlukan bagi menjadikan projek ini satu realiti.

Dijangkakan, Bilal Robot bakal dijual pada harga permulaan USD99 (RM 370).

Kepada masyarakat Islam yang berkemampuan, apa kata sumbangkan dana kepada projek ini memandangkan robot yang mampu memadamkan api di atas kapal perang dan patung Barbie interaktif dah lama ada… jadi ini masanya untuk perkenalkan robot mengajar anak-anak Muslim bersolat pulak.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Kickstarter

https://www.youtube.com/watch?v=eDjK5RtYPyY&t=150

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori