• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Asing Perlu Permit PSV Asean Untuk Masuk Ke Singapura

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Semua bas yang didaftarkan di negara asing perlu mempunyai permit Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) ASEAN yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura untuk masuk ke republik itu, kata Menteri Pengangkutan, Lui Tuck Yew.

“Bagi bas persiaran, ada syarat tambahan iaitu membawa kumpulan penumpang yang dikenal pasti yang memulakan perjalanan dari negara anggota ASEAN (bukan Singapura), katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Menteri itu ditanya sama ada Kementerian Pengangkutan sedar tentang maklum balas terhadap peningkatan kes kenderaan yang didaftarkan di Malaysia mengambil penumpang secara haram dan/atau membimbing penumpang dan pelancong dalam lawatan tempatan di Singapura dan ke Malaysia.

Beliau juga ditanya sama ada kementerian melaksanakan sebarang bentuk penguatkuasaan untuk menangani kes kenderaan didaftarkan di Malaysia bersaing dengan pemandu tempatan untuk membawa pelancong de tempat-tempat tarikan pelancong di Singapura atau di terminal pengangkutan.

Lui berkata bas persiaran ini dibenarkan untuk memasuki Singapura tanpa penumpang seterusnya untuk mengambil kumpulan penumpang yang sama bagi perjalanan balik ke negara asal.

Bagi bas-bas didaftarkan di negara asing yang mengadakan perkhidmatan berjadual, beliau berkata, lesen Omnibus diperlukan untuk memasuki Singapura kosong untuk mengambil penumpang di kawasan perhentian tertentu di Singapura.

Menteri itu berkata LTA telah menerima tujuh kes maklum balas dalam tempoh dua tahun mengenai kenderaan didaftarkan di Malaysia mengambil penumpang di Singapura dan telah menjalankan siasatan sewajarnya, bagaimanapun, tiada kes melanggar peraturan dikesan.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, pemegang permit PSV boleh didenda, dipenjara, dan/atau digantung lesen atau pembatalan permit kenderaan. – BERNAMA

Tags: bas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd