• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aznil Dilantik Ikon LHDN, Beri Kesedaran Kepada Pembayar Cukai

oleh AK-47
03/03/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Kredibiliti dan imej mesra peminat menjadikan pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi dipilih menjadi Ikon Kempen Saya Cinta Malaysia anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat di luar sana mengenai pembayaran cukai pendapatan persendirian.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Kolonel (K) Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukor Mahfar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Kolonel (K) Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukor Mahfar, pelantikan Datuk Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil dilihat bertepatan dengan Kempen Saya Cinta Malaysia kerana figura seni itu dilihat lebih dekat dengan masyarakat daripada pelbagai golongan usia.

“Kita mengambil pendekatan berbeza, kita mengambil orang yang boleh mempengaruhi, orang yang disukai, so kita tahu orang yang boleh mempengaruhi dan disukai adalah golongan artis dan selebriti.

“Kita tahu Pak Nil dianggap selebriti tersohor di dalam negara, jadi di sini kita gunakan populariti serta ruang yang ada, dia ada ramai pengikut di kalangan generasi muda. Jadi itu sebabnya kita lantik Datuk Aznil sebagai ikon dan duta yang akan bercakap dalam konteks yang lebih santai (mengenai pembayaran cukai),” katanya ketika ditemui Mynewshub pada majlis sambutan Hari Hasil ke-19 yang diadakan di sini hari ini.

Bersempena pelantikan selebriti popular itu, LHDNM telah merangka pelbagai aktiviti menarik dalam usaha untuk memberikan kesedaran dan pendedahan dengan cara serta konsep yang santai antaranya mengadakan sesi jelajah dari negeri ke negeri, ceramah secara terbuka dan tertutup untuk golongan sasaran agensi tersebut.

“Selepas ini, mungkin kita akan mengambil artis kontemporari lain yang mana ada kelebihan masing-masing,” katanya ketika mengulas mengenai kemungkinan memberikan tawaran tersebut kepada selebriti lain sekiranya langkah mereka mengetengahkan golongan artis berjaya mencapai sasaran kempen tersebut.

Ikon Kempen Saya Cinta Malaysia anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Datuk Aznil Nawawi.

Sementara itu, Pak Nil, 53, pula berpendapat tanggungjawab baharu yang dipegangnya itu adalah satu amanah untuk memberikan lebih pendedahan kepada orang di luar sana lebih-lebih lagi kepada rakan-rakan artis yang sama-sama berjuang dalam industri seni sama seperti dirinya.

“Pendapatan yang anda dapat dalam satu tahun itu yang kena cukai, mengikut peratusan yang telah ditetapkan. Selagi ianya bernama pendapatan, ia tetap dikenakan cukai. Kalau takde pendapatan, takdelah cukainya.

“Pak Nil nak mereka (golongan selebriti) cerdik, buka fikiran bahawa kita sebagai artis membawa tanggungjawab untuk memajukan negara.

“Kita nak negara kita maju jadi kita mempunyai tanggungjawab sedikit untuk menjadikan sebahagian pendapatan kita dalam bentuk cukai untuk kita agihkan kepada golongan yang kurang berupaya serta untuk generasi kita yang akan datang,” katanya.

Perjanjian yang ditandatangani selama setahun itu bakal memperlihatkan penglibatan Pak Nil dengan LHDNM yang akan bekerjasama dalam aktiviti yang telah dirangka untuk tujuan tersebut.

“Saya melakukan perjanjian untuk setahun buat permulaan. Saya akan bersama-sama dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, mungkin mereka akan buat road show untuk memberi kesedaran kepada pembayar cukai dan bakal pembayar cukai,” katanya yang turut bakal menjelajah ke sekolah-sekolah dan institusi pengajian awam dan swasta seluruh negara selari dengan peranan beliau sebagai Ikon Kempen Saya Cinta Malaysia.

Bagi golongan selebriti pula, menurut Pak Nil, dirinya boleh diibaratkan sebagai jambatan atau penghubung kepada rakan-rakan artis dengan pihak LHDN yang bersedia membantu memberikan khidmat nasihat sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai pembayaran cukai di kalangan orang-orang glamor tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR
Photo/Video: RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=DQ3lfrwuQaE&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=58cQ4TV8wF0

Tags: myArtisselebriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penalti Lebih Berat Ke Atas Pembalak Haram

Next Post

GAMBAR: Doktor Teringat Menu Lunch Gamaknya…

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

Next Post

GAMBAR: Doktor Teringat Menu Lunch Gamaknya...

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd