Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Bayi Perempuan Ditinggalkan Di...

KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan yang dibalut sehelai kain ditemui ditinggalkan di...

Polis Melaka Tahan 5...

MELAKA - Polis menahan lima lelaki yang leka bermain judi siber dalam serbuan...

Farahdhiya Sindir Netizen Lepas...

SEKEPING foto yang dimuat naik pelakon dan penyanyi Farahdhiya ketika menghadiri majlis di...

Lori Buah Kemalangan, Orang...

BAGAI rezeki datang bergolek.Sekitar Pasar Borong Selayang, Selangor pagi tadi meriah bagai pesta apabila...

Penalti Lebih Berat Ke Atas Pembalak Haram

MIRI – Sarawak akan mengenakan penalti lebih berat terhadap pembalak haram di negeri ini selepas pindaan terhadap ordinan perhutanan diluluskan pada sidang Dewan Undangan Negeri bulan depan.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, pindaan itu melibatkan kenaikan dan menambah penalti termasuk kompaun yang lebih berat.

“Di bawah pindaan baharu, mereka yang didapati menebang balak secara haram mesti menjelaskan bagaimana mereka mendapat balak itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dilaporkan baru-baru ini bahawa di bawah ordinan perhutanan sedia ada, penalti maksimum hanya kompaun RM200 bagi setiap tan balak yang dirampas dan tiada hukuman penjara diperuntukkan.

Adenan berkata, beban pembuktian diletakkan sepenuhnya pada suspek yang memiliki balak haram itu untuk membuktikan mereka tidak terlibat dengan aktiviti sedemikian bagi mengelak daripada tindakan undang-undang.

Terdahulu, Adenan menghadiri dialog tertutup dengan para pegawai penguat kuasa Jabatan Perhutanan Sarawak di sini.


Adenan memberi amaran kepada kakitangan Jabatan Perhutanan Sarawak dan Perbadanan Perhutanan Sarawak yang bekerjasama dengan sindiket haram bahawa mereka akan menghadapi tindakan tatatertib jika diketahui berbuat demikian.

“Dalam sesetengah kes kakitangan terbabit akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau berkata, usaha membanteras pembalakan haram telah mencapai kejayaan tertentu tetapi banyak yang perlu dilakukan terutama kerjasama orang awam membantu memberikan maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perhutanan Sarawak, Sapuan Ahmad berkata, sehingga 27 Februari, 29 suspek terlibat dengan pembalakan haram telah dikenal pasti dan tujuh kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negeri Sarawak untuk proses pendakwaan sementara dua kertas siasatan akan dikemukakan minggu depan.

“Sejumlah 51 kes pembalakan haram telah didaftarkan dalam tempoh sama adan sejumlah 15, 655 balak telah dirampas bernilai RM5.9 juta,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori