• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas! Ada Pakej Umrah Tipu Guna Nama Najib, Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) menafikan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam penganjuran program pakej umrah yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya Datuk Anan C. Mohd berkata program itu yang telah menular sehingga ke Langkawi, Kedah merupakan satu penipuan dengan pihak penganjur membuat kutipan sebanyak RM500 bagi setiap penyertaan.

“JAWHAR selaku ahli Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan pakej umrah yang sering kali menggunakan nama-nama pemimpin dan orang kenamaan untuk menarik minat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Selain itu, katanya pada masa ini terdapat tiga bentuk penipuan pakej umrah iaitu penipuan dengan niat enggan mengadakan perkhidmatan, perkhidmatan tidak sama seperti dijanjikan serta penipuan seperti gores dan menang, cabutan bertuah dan kad seumur hidup.

Beliau berkata modus operandi adalah seperti tawaran pakej murah, MLM (pemasaran pelbagai peringkat), tajaan dengan jemaah hanya membayar sebahagian daripada kos sebenar dan menggunakan orang berpengaruh seperti artis, ustaz dan imam.

Anan turut menasihatkan orang ramai untuk menyemak laman web JAWHAR dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi memastikan syarikat serta pakej umrah yang ditawarkan mempunyai lesen yang sah. – BERNAMA

Tags: JAWHARumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd