KUALA LUMPUR – Astro akan membuat siaran langsung majlis pengebumian Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew yang meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 23 Mac lalu.
Astro dalam satu kenyataan media memberitahu, siaran langsung itu akan disiarkan menerusi saluran Astro Awani pada 29 Mac 2015 bermula pukul 12.30 tengahari.
“Sebagai tanda penghargaan bagi pemergian Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, Astro Awani telah mendedikasikan sebuah liputan eksklusif bagi pengebumian beliau.
“Saksikan siaran langsung bersama Astro Awani (Saluran 501),” kata kenyataan itu hari ini.
Kuan Yew meninggal dunia di Hospital Besar Singapura kira-kira pukul 3.18 pagi selepas kesihatannya semakin buruk akibat menghidap penyakit radang paru-paru.
Pejabat Perdana Menteri Singapura dipetik berkata, Bapa Pemodenan Singapura yang berumur 91 tahun itu dimasukkan ke hospital pada 5 Februari lalu akibat penyakit tersebut.
Beliau yang mentadbir Singapura antara tahun 1959 hingga 1990, dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas kesihatannya semakin buruk. – MYNEWSHUB.cc
https://youtu.be/_2HBZgRs7z8