Antara program pencarian bakat paling popular di dunia, Asia Got Talent, akhirnya dibikin khusus untuk penyertaan dari penduduk benua terbesar.
Malah lagi mengujakan, barisan kerusi juri untuk musim pertama ini diduduki oleh nama-nama selebriti terkenal.
Pemenang Anugerah Grammy, David Foster, salah seorang vokalis dalam kumpulan sensasi Britain, Spice Girls iaitu Melanie C, penyanyi popular Indonesia, Anggun Cipta Sasmi dan penyanyi Taiwan, Vanness Wu melengkapkan empat juri yang bakal menilai persembahan setiap peserta.
Peserta daripada 14 negara berentap untuk menjadi pemenang musim pertama rancangan tersebut yang telah diterbitkan dalam 62 versi sebelum ini di seluruh dunia.
Selain dari Malaysia, antara negara serantau yang terlibat adalah Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, India, China dan Korea Selatan.
Rancangan tersebut telah memulakan episod pertamanya semalam dan menyaksikan beberapa persembahan berjaya untuk mara ke peringkat seterusnya.
Buat yang ternanti-nanti satu rancangan hiburan yang menggabungkan nyanyian, akrobatik, tarian dan komedi, jangan terlepas untuk menyaksikan Asia Got Talent di saluran AXN Asia.
– MYNEWSHUB.CC
Persembahan Bagi Episod Pertama Asia Got TalentÂÂ