Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pemilik Premis Digalakkan Pasang...

MELAKA - Pemilik premis persendirian, perniagaan dan stesen minyak khususnya yang beroperasi 24...

Filem Pekak Tidak Dilulus...

SETELAH kejayaan merangkul dua anugerah di Rusia, filem Pekak terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd....

390,000 Peluang Pekerjaan Telah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak kira-kira 390,000 peluang pekerjaan telah dicipta sehingga September tahun...

2 Maut Kereta Terbabas...

SIBU - Dua maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki terbabas...

Anak Perempuan TPM Selamat Diijab Kabul

PUTRAJAYA – Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Najwa, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Sri Satria di sini hari ini.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang berlangsung pada 11.40 pagi, di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee.

TPM

Najwa berusia 28 tahun manakala pasangannya 29 tahun.

Majlis pernikahan ringkas namun meriah dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada ibu dan bapa pengantin lelaki, Puan Chiam Juat Wah dan Encik Koh Lai Poo, anggota keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan sahabat handai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori