• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada Pemandu Teksi ‘Peras’ Tambang 20 Kali Ganda

oleh Ahmad Albab
20/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ada pemandu teksi di sekitar ibu negara yang mengenakan caj melampau sehingga 20 kali ganda daripada bayaran menggunakan meter kepada penumpang terutama pelancong asing.

Kegiatan itu dikesan dalam operasi dijalankan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) selain mengesan ada pemandu teksi sanggup menipu pelancong dengan membawa mereka ke destinasi dituju menggunakan laluan lebih jauh.

Perkara itu didedahkan Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad yang berkata, ada pemandu teksi mengenakan bayaran kepada pelancong asing sehingga RM200 dari pusat beli-belah KLCC ke Hotel Mandarin Oriental sedangkan caj normal hanya RM10.

“Perkara ini dikesan SPAD apabila pemandu teksi yang tidak menggunakan meter mengenakan tambang kepada penumpang sesuka hati, malah turut tidak jujur apabila menggunakan laluan jauh.

“SPAD memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu teksi yang degil,” katanya pada sidang media selepas tamat operasi terhadap teksi yang tidak menggunakan meter, di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam Ops Tegas dijalankan SPAD dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia itu, mereka menyita 25 teksi termasuk 22 tidak mempunyai meter.

Menurutnya, dua teksi disita kerana tidak mempunyai kad pemandu manakala satu lagi menukar permit kepada teksi sapu.

Katanya, pengendali teksi yang berdegil tidak memasang meter selepas disita boleh dikenakan tindakan lebih tegas termasuk lesen dibatalkan.

– myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=tngY1kGN2WQ

Tags: SPADTeksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd