• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Jam Pisah Kembar Siam Berkongsi Usus

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Sepasang kembar siam dilaporkan stabil selepas berjaya dipisahkan dan dijangka sembuh sepenuhnya selepas menjalani pembedahan selama sembilan jam .

Pembedahan rumit itu diketuai bekas Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Abdullah Al-Rabeeah.

Pasangan kembar itu, Abdullah dan Abdulrahman yang berkongsi organ, termasuk usus, diterbangkan dari Yaman untuk menjalani pembedahan bagi memisahkan mereka di hospital King Abdulaziz Medical City, Riyadh.

Seorang jurucakap hospital berkata, pasukan perubatan daripada pelbagai disiplin mengambil masa sembilan jam untuk melaksanakan sembilan peringkat pembedahan bagi memisahkan kedua-dua kanak-kanak itu, kelmarin.

Menurutnya, peringkat pertama pembedahan membabitkan pemisahan usus dan sistem pembuangan air kencing sebelum beralih kepada tulang pelvis.

Selepas dipisahkan, pasukan pembedahan dibahagi kepada dua untuk menguruskan Abdullah dan Abdulrahman.

Pakar perubatan sebelum ini memberi pasangan kembar itu 60 hingga 70 peratus peluang untuk hidup.

Bagaimanapun, keadaan kedua-duanya semakin pulih dengan kedua-duanya kini ditempatkan di unit rawatan rapi kanak-kanak.

Ia pembedahan ke-35 di Arab Saudi membabitkan kembar siam dari lebih 18 negara, termasuk Malaysia, Sudan, Filipina, Maghribi dan Iraq.

Arab Saudi mempunyai pasukan pakar untuk memisahkan kembar siam dengan 30 kejayaan dalam masa 20 tahun. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=aMQ_PxTkhS8

Tags: bayipembedahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd