• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

65 Warga KPWKM Sertai Aturan Kerja Anjal – Rohani Karim

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 65 warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyertai projek perintis aturan kerja anjal (FWA) bermula pada Isnin lepas.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata seramai 45 kakitangan wanita dan 20 lelaki Jabatan Pembangunan Wanita, Institut Sosial Malaysia(ISM) dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW) memohon menyertai inisiatif selama tiga bulan itu.

“Ketua-ketua jabatan akan memantau kualiti kerja mereka. Kita akan mengkaji pencapaian dan kebaikannya agar boleh berkongsi dengan kementerian, jabatan dan agensi lain.

“Sekiranya hasil projek printis ini memberangsangkan, kita akan cadang bukan sahaja dilaksanakan di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan tetapi sektor swasta kerana ini adalah selaras dengan sasaran 55 peratus tenaga kerja wanita pada tahun ini boleh tercapai,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.

Bagi kaedah kerja dari rumah, pegawai diberi fleksibiliti untuk melaksanakan tugas dalam waktu pejabat di luar pejabat manakala masa bekerja anjal, kakitangan boleh hadir dan pulang berdasarkan pilihan waktu masing-masing dan perlu memenuhi jumlah tempoh waktu bekerja 38 jam dan 30 minit dan waktu teras ialah dari 10 pagi hingga 3.30 petang), katanya.

Bagi waktu bekerja mingguan yang diubah suai pula kakitangan diberi pelepasan awal dengan menggantikan tempoh waktu bekerja (maksimum empat jam) sebelum kemudahan diberikan, katanya.

“Daripada 65 orang itu, sembilan memilih kerja dari rumah, masa bekerja anjal (31 orang) dan waktu bekerja mingguan yang diubah suai (25 orang),” katanya, sambil menambah bahawa inisiatif FWA itu diwujudkan untuk mengimbangkan kehendak tugasan pejabat dan tanggungjawab sebagai tonggak keluarga.

Beliau berkata Bahagian Pengurusan Sumber Manusia akan menyediakan laporan terhadap pematuhan waktu bekerja pegawai dan kakitangan mengikut FWA yang dipilih.

Cabaran serta cadangan penambahbaikan bagi pelaksanaan FWA itu akan dikemukakan kepada pihak pengurusan tertinggi kementerian apabila projek printis tersebut berakhir Mei ini, katanya.

Rohani berkata permohonan untuk menyertai inisiatif FWA masih terbuka dan mereka yang berminat boleh membuat permohonan manakala mereka yang merasakan kaedah tersebut tidak sesuai boleh memilih tidak menyertainya.

Sementara itu, Rohani turut merasmikan Kaunter Pusat Setempat (OSC) di lobi kementerian itu di sini bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan jabatan dan agensi dibawah kementerian.

“Ia merupakan salah satu usaha kementerian menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan untuk kumpulan sasar,” katanya, sambil menambah bahawa waktu operasi OSC bermual 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari kerja. – BERNAMA

Tags: KPWKMRohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

‘Segera Lapor Jika Anak Jadi Mangsa Seksual Siber, KPWKM Jamin Lindungi Keselamatan, Mental Mangsa’ – Nancy

19/11/2025
0

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta ibu bapa yang mempunyai anak terdedah gejala penganiayaan seksual dalam...

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

Dewan Negara Luluskan RUU Anti Gangguan Seksual

11/08/2022
0

PUTRAJAYA – Hasrat kerajaan untuk menyediakan undang-undang khusus bagi menangani isu gangguan seksual kini semakin hampir menjadi kenyataan selepas Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd