• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6,000 Staf Terpaksa Digugur, Henti Ganggu Pelan Pemulihan MAS

oleh AK-47
01/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter
15 TAHUN lamanya Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) beroperasi bagai kiambang, berbunga cantik di atas tapi akar tak jejak dasar.Hakikatnya selepas sekian lama bermasalah dan mencatat kerugian, Khazanah Nasional Berhad akhirnya terpaksa tampil bagi membantu syarikat penerbangan nasional itu, yang sudah berada dalam keadaan rapuh.

Namun demikian tanggungjawab digalas Khazanah bagi merawat MAS nyata tidak mudah.

Dalam pada bergelut untuk melakukan implementasi 12 pelan pemulihan yang telah dirangka, tidak semua mampu dilakukan dengan lancar terutama bila membabitkan pengurangan staf MAS sedia ada.

Antara yang lantang mempersoalkan tindakan ini adalah kesatuan-kesatuan pekerja syarikat penerbangan tersebut termasuk yang terbesar iaitu Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU) selain kritikan daripada bekas Ketua MAS sendiri, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Penentangan kesatuan sekerja dan Abdul Aziz ini, merujuk kepada pemberhentian 6,000 daripada keseluruhan kira-kira 20,000 staf MAS yang tidak terpilih untuk diserapkan ke dalam entiti baru MAS NewCo.

Alasan paling relevan agar kesemua 6,000 staf ini dikekalkan adalah kesetiaan mereka bersama MAS selama ini harus diambil kira, selain atas dasar kemanusiaan.

Bagaimanapun apabila merujuk kembali kepada peranan sebenar Khazanah yang sedia menyuntik dana RM6 bilion demi survival MAS maka ada baiknya semua pihak berpijak di bumi nyata.

6,000 staf yang diputuskan tidak akan diserap ke dalam MAS NewCo itu telah melalui proses penilaian bakat yang dibuat sebelumnya bagi memastikan kesemua anggota lama MAS yang dikekalkan benar-benar mampu menjayakan objektif pelan pemulihan yang dirangka.

Difahamkan penilaian dilakukan kepada kesemua 20,000 staf termasuklah 500 pihak pengurusan kanan dan bukanlah hanya terdiri daripada pekerja biasa sebagaimana didakwa kesatuan sekerja.

Mengikut sumber dalaman, hasil daripada penilaian yang dibuat juga mendapati hampir 1,000 staf dikesan mempunyai masalah disiplin termasuk salah guna sijil cuti sakit (MC).

Memetik komen Abdul Aziz yang juga merupakan orang lama dalam industri penerbangan ketika mengkritik langkah pembuangan staf dalam pelan pemulihan MAS, beliau berkata ianya bukan tentang entiti bisnes tetapi memilih orang yang betul untuk menguruskan syarikat nasional negara dan ironinya, itulah yang sedang dilakukan sekarang.

Dari segi lain, nasib 6,000 staf yang tidak dapat dibawa bersama ke MAS NewCo ini pun tidaklah terpinggir begitu sahaja malah mereka ditawarkan pelbagai pelan bagi membantu kehidupan selepasnya yang jika diambil dari sudut positif, ada kemungkinan mereka yang bijak merebut peluang daripada pelan ditawarkan, bakal menjalani kehidupan yang jauh lebih memuaskan berbanding ketika bersama MAS.

Pengecutan staf bukan satu-satunya langkah survival MAS dan jika masa terlalu banyak dihabiskan untuk pelan yang satu ini disebabkan kontroversi sampai mahu babitkan campurtangan kerajaan dan pihak luar, maka pelan memulihkan syarikat nasional negara yang sudah 40 tahun semput ini, nampak gayanya akan mengambil masa lebih lama daripada sepatutnya.

Lihat dalam skala lebih luas.. bayangkan jika tiada suntikan dana dan pelan pemulihan Khazanah maka silap-silap jangankan 6,000 tetapi 20,000 staf MAS mungkin akan kehilangan pekerjaan disebabkan majikan mereka jatuh bankrap. – MYNEWSHUB.CC

Tags: khazanahMAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd