Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Polis Buru 2 Penunggang...

SEREMBAN - Polis sedang memburu dua penunggang motosikal yang dipercayai terbabit dalam perlumbaan...

Kamal Adli Sedia Berkahwin...

TANPA berdolah-dalih, pelakon Kamal Adli akui sudah sedia menamatkan zaman bujangnya sekaligus memperisterikan...

Polis Tahan Suspek Terlibat...

PENDANG - Polis telah menyelesaikan 13 kes samun bermotosikal di beberapa daerah di...

Gambar Budak Menetekkan Adiknya...

SEKEPING gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak berpura-pura menyusu badan pada adiknya telah mencetuskan...

6 Cedera Letupan Bom Di Selatan Thailand

PATTANI – Dalam siri letupan bom di selatan Thailand, enam orang cedera apabila sebutir bom meletup kira-kira 500 meter dari balai polis Saiburi di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Saiburi, Pol. Kol. Panya Karawanan berkata, dalam kejadian 6.30 pagi itu di pekan Taluban, ia mencederakan empat anggota polis dan dua orang sami Buddha.

Beliau berkata, bom tersebut merupakan buatan sendiri seberat 5 kilogram yang dipasang dalam kotak besi yang disembunyi dalam tong sampah dan diaktifkan menerusi alat walkie-talkie.

Pihak keselamatan telah memberi amaran supaya orang ramai berhati-hati ekoran semalam merupakan ulang tahun ke-55 penubuhan Barisan Revolusi Nasional, antara kumpulan pemisah di selatan Thailand.


Puak pemisah itu dikatakan mahu bertindak balas di atas penangkapan anggota mereka dan telah merampas beberapa butir bom awal bulan ini.

Dalam kejadian minggu lepas, sembilan orang termasuk tiga anggota renjer dilapor cedera apablia sebutir bom yang dipasang pada motosikal meletup di hadapan stesen kereta api Daerah Rusak, Narathiwat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori