• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2.07 Juta Pekerja Asing Berada Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
17/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 2.07 juta pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara direkodkan berada di negara ini setakat 31 Disember tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, kemasukan warga asing itu khususnya didorong kebergantungan negara terhadap pekerja asing bagi sektor-sektor yang dikategorikan sebagai kritikal.

“Kekurangan minat pekerja tempatan menceburi sektor pekerjaan yang tiada nilai komersial dan kebolehtahanan pekerja tempatan yang tidak kekal juga menyebabkan tenaga kerja asing menjadi sandaran pelbagai sektor di negara ini,” katanya.

Ismail berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Che Rosli Che Mat (Pas-Hulu Langat) tentang statistik pekerja asing serta usaha yang diambil kerajaan bagi menempatkan semula pekerja tempatan dalam pelbagai sektor pekerjaan serta langkah mengurangkan pekerja asing secara berperingkat.

Berhubung usaha untuk menarik minat pekerja tempatan, Ismail berkata beberapa inisiatif diambil antaranya mewujudkan Standard Latihan Pekerjaan Kebangssan sebagai standard melatih pekerja bagi sesuatu bidang mengikut keperluan industri.

Kerajaan juga memperkenalkan Sistem Latihan Dual Nasional untuk menyediakan tenaga kerja mahir negara melalui kaedah latihan industri yang komprehensif dan
terkini bagi memastikan kemahiran tenaga kerja dipertingkat, katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) tentang penyediaan tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan sektor industri dan gas, Ismail berkata kerajaan telah menyediakan program latihan dengan jumlah terkini pelajar yang sedang mengikuti latihan kemahiran di 14 buah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia adalah seramai 1,518 orang.

“Terdapat 19 program latihan ditawarkan termasuk Megatronic, Quality Assurance Engineering dan Computer Neumerical Control,” tambahnya.

Sehingga Februari lepas, katanya Jabatan Pengurusan Kemahiran telah mentauliah enam buah pusat bertauliah kerajaan yang menawarkan program bagi industri minyak dan gas. – BERNAMA

Tags: pekerjawarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd