• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaaan Tidak Cadang Tukar Nama ISIS Malaysia

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengekalkan nama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia kerana ia tiada kena mengena dengan ‘Islamic State of Iraq and Syria’ (ISIS) yang menjadi kecaman dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata ISIS Malaysia dikenali oleh semua pihak di dalam dan luar negara atas peranan penting institusi itu terhadap penganjuran pelbagai aktiviti sejak ditubuhkan pada 8 April 1983.

“Kerajaan sedar bahawa akronim ISIS sedang digunakan secara meluas oleh pihak-pihak tertentu untuk merujuk Islamic State of Iraq and Syria. Seperti yang diketahui nama singkatan ISIS diguna secara meluas oleh media barat.

Namun, negara-negara Arab mengunakan DAESH, iaitu akronim daripada huruf singkatan ‘Islamic State in Iraq and Syria’ dan di dalam bahasa Arab ia juga berbunyi seakan-akan membawa maksud ‘Crushing Something Underfoot’ (menghancurkan sesuatu yang mengganggu),” katanya menjawab soalan Datuk Norah Abd Rahman (BN-Tanjong Manis) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Norah bertanya mengenai pendirian kerajaan sama ada bercadang untuk menukar nama ISIS Malaysia kepada nama lain memandangkan singkatan ISIS ketika ini sering dikaitkan dengan aktiviti keganasan oleh kumpulan militan IS.

Shahidan berkata ISIS Malaysia berusaha menubuhkan Asean-ISIS yang merupakan gabungan sepuluh institusi strategik dan kajian antarabangsa negara Asean sejak 1988 yang diiktiraf oleh pelbagai pihak termasuk swasta dan kerajaan.

Dalam pada itu, katanya, semua pihak seharusnya bersepakat dalam memerangi aktiviti keganasan itu serta menjauhi golongan muda daripada terpengaruh dengan fahaman itu.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) mengenai Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (Pota) yang akan dibentangkan khusus kepada usaha memerangi kumpulan militan IS, Shahidan berkata semua pihak termasuk pembangkang harus menyokong rang undang-undang itu bagi usaha sedemikian.

Terdahulu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) telah mengadakan sesi Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) bersama enam jurunilai profesional bagi mengemukakan cadangan berhubung nilai tanah untuk tujuan pembangunan di Kampung Baru.

Menjawab soalan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) mengenai nilai tanah Kampung Baru serta status pelaksanaan Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB), Dr Loga berkata pandangan keenam-enam jurunilai itu akan memberikan perspektif yang lebih menyeluruh serta tidak akan diragui kerana dilaksanakan secara kolektif dan profesional.

Mengenai status PITPKB, Dr Loga berkata kini terdapat empat projek yang sedang dalam pembinaan dan sembilan projek lagi sedang menanti kelulusan pelan kebenaran merancang.

Dr Loga berkata PKB telah memainkan peranan dalam memastikan projek-projek berpotensi dapat dilaksanakan segera antaranya mengadakan sesi rundingan dengan agensi teknikal dalam menyelesaikan isu kelulusan legasi residen. – BERNAMA

https://youtu.be/L6J_hDdCcfE

Tags: ISISShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd