Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Pelajar Bakal STPM Ditahan...

IPOH – Seorang pelajar tingkatan enam ditahan kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan...

Penempatan 1,150 Pegawai Perubatan...

KOTA BHARU: Seramai 1,150 pegawai perubatan kontrak yang telah menamatkan latihan siswazah akan...

Basikal Lajak: Ke Ting...

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita Sam...

Melaka Cadang Bina Ladang...

MELAKA - Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk mewujudkan kawasan ladang babi berteknologi tinggi...

Zainal Abidin Harap Pahang Jadi Antara Pasukan Terbaik Liga M

KUCHING – Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan tetap menaruh harapan tinggi terhadap pasukannya untuk muncul antara pasukan terbaik dalam Liga Malaysia musim ini.

Beliau berkata meskipun belum mencatat sebarang kemenangan selepas melalui tiga perlawanan Liga Super, beliau bangga menyaksikan pasukannya menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.

“Walaupun gagal memenangi perlawanan menentang Sarawak, tetapi pemain menunjukkan disiplin yang tinggi sekali dan corak permainan pasukan Pahang telah kembali ke rentak asal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan seri tanpa jaringan menentang Sarawak di Stadium Negeri di sini malam tadi.

Berstatus juara bertahan Piala Malaysia, Pahang masih gagal meraih sebarang kemenangan apabila sekadar mencatat dua keputusan seri dan kalah sekali selain berada di kedudukan ke-10 Liga Super.

Zainal Abidin berkata kedua-dua pasukan malam tadi mempamerkan permainan yang baik dan mempunyai peluang sama rata untuk menjaringkan gol.


Sementara itu, jurulatih Sarawak Robert Alberts berkata pemain Sarawak perlu lebih kemas dalam menjaringkan gol dan meningkatkan permainan sebelum perlawanan Piala FA menentang Kelantan pada 27 Feb di Stadium Sarawak.

Katanya walaupun Kelantan tumpas 0-4 di gelanggang sendiri kepada PDRM dalam perlawanan Liga Super malam tadi, ini tidak bermakna The Red Warriors merupakan pasukan yang mudah untuk dikalahkan.

“Selepas kalah 0-4, Kelantan pasti mahu bangkit semula dan kami perlu bermain lebih baik kerana kami tidak mahu mengheret permainan ke masa tambahan dan sepakan penalti. Untuk mengalahkan pasukan seperti Kelantan kami perlu lebih kemas dalam menjaringkan gol,” katanya.

Alberts berkata demikian kepada pemberita selepas pasukannya seri tanpa jaringan menentang Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sarawak malam tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori