Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Diminta Pertimbang Pembangunan...

KUANTAN - Kerajaan persekutuan diminta agar dapat mempertimbangkan permohonan pembangunan prasarana Pusat Pembangunan...

Video: Pemandu Drift Pecah...

Seorang pemandu drift yang juga merupakan pemandu lagak ngeri, Han Yue dari China...

Siapa Mahathir Di Mata...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan Perdana...

Parti Amanah Negara Akui...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengakui terdapat penyokong pembangkang mengadakan ucapara...

Willian ‘Pecah Rahsia’ Jose Mourinho

BIRMINGHAM – Pemain tengah Chelsea, Willian mengesahkan kontroversi yang dicipta pengurusnya, Jose Mourinho terutama layanan terhadap The Blues adalah untuk meningkatkan motivasi pasukannya.

Mounrinho dijangka akan mengakhiri mogok tidak bercakap pada sidang media menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa, esok ketika Chelsea berusaha mempertahankan kelebihan lima mata di puncak liga.

Minggu lepas ketika menentang seteru utama kejuaraan, Manchester City, pengendali kelahiran Portugal itu mendiamkan diri.

Tindakannya itu dikhabarkan disebabkan keputusan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) yang menjatuhkan hukuman penggantungan tiga perlawanan terhadap penyerangnya, Diego Costa kerana dikatakan memijak pemain Liverpool, Emre Can pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Liga.

Sebelum itu, Mourinho sering membuat aduan mengenai kempen untuk ‘menentang Chelsea’ musim ini namun Willian percaya mengurusnya menggunakan pendekatan serampang dua mata, dan ia lebih terjurus kepada pemainnya.

“Jose Mourinho banyak bercakap dengan kami. Saya fikir dia berkata mengenai perkara ini, ada agenda menentang Chelsea, untuk melindungi kami sebagai satu pasukan,” kata pemain kelahiran Brazil itu.


“Dia berkata seperti itu untuk memberi motivasi kepada kami dan menunjukkan kami dia berada bersama kami setiap masa. Kadang kala dia berkata sesuatu kepada media untuk menguatkan kami.

“Sebagai pasukan di puncak liga, semua orang mahu merampas kedudukan kami. Kerana itu mengapa dia mahu menjadi lebih berwaspada dengannya dan mengekalkan fokus kami sehingga penghujung musim,” katanya.

Chelsea mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Manchester City sekalipun kehilangan Costa dan Cesc Fabregas yang berdepan kecederaan hamstring.

Kedua-duanya dijangka terlepas aksi di Villa Park namun skuad Chelsea kembali dikuatkan dengan kehadiran pemain baharu, Juan Cuadrado. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori