Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Dihempap Forklift

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki maut akibat dihempap forklift yang dipandunya dalam kejadian...

Presiden ICRC Bincang Penularan...

KUALA LUMPUR - Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) Peter Maurer, tiba di...

Ujian DNA Menerusi Padanan...

GEORGE TOWN - Ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) Kim Jong-nam boleh dijalankan menerusi...

Video: Tak Tahu Malu!!!...

ALAHAI... rasa nak menangis tengok perangai budak-budak sekolah zaman sekarang.Mana tidaknya, baharu berusia...

VIDEO: Dikasari Pengawal, Budak Mengucap Syahadah

Jika semalam, masyarakat Islam dikejutkan dengan berita pembunuhan tiga penuntut Islam oleh jiran mereka di Amerika Syarikat, satu kes hampir serupa turut berlaku di Sweden.

Namun kali ini, ia melibatkan seorang kanak-kanak yang dikasari oleh pengawal sekuriti di sebuah stesen kereta api di Malmo.

Satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dihentak keras ke permukaan lantai oleh pengawal mula menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana kekerasan yang ditunjukkan oleh seorang dewasa terhadap individu bawah umur.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga Penuntut Islam Ditembak Mati Di Amerika Syarikat]

Ia turut menyemarakkan kemarahan masyarakat Islam kerana budak lelaki tersebut direkodkan sedang mengucap dua kahlimah syahadah sambil mengangkat jari telunjuknya.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu persuruh Allah,” ujar kanak-kanak tersebut dalam keadaan menangis.

“Budak lelaki tersebut kelihatan tidak melakukan apa apa kesalahan. Tetapi pengawal tersebut menolaknya ke lantai.


“Berat tubuh pengawal tersebut berkemungkinan dalam lingkungan 90 kilogram, tapi dia terus duduk di atas tubuh budak tersebut dan menekan kepalanya terus di lantai,” ujar seorang saksi kepada akhbar tempatan.

Menurut laporan berita antarabangsa, kedua-dua kanak-kanak tersebut diperlakukan sedemikian hanya kerana mereka tidak memiliki tiket ketika menggunakan perkhidmatan kereta api.

Setelah menerima banyak kritikan, pihak polis kini sedang menjalankan satu siasatan terhadap insiden tersebut. “Mereka sedang disiasat kerana tuduhan mengasari budak lelaki tersebut dan akan disoal siasat.” – MYNEWSHUB.CC

 Rakaman Video Budak Lelaki Dikasari Dan Mengucap Syahadah Di Stesen Kereta Api Malmo, Sweden

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori