Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

14 Wanita Menang Kerusi...

RIYADH - Sekurang-kurangnya 14 wanita memenangi kerusi majlis perbandaran pada pilihan raya pertama...

Tekak Berlubang Lepas Makan...

WASHINGTON - Sebuah lubang terbentuk di tekak seorang lelaki selepas memakan salah satu...

E-sport Tidak Pinggir Sukan...

KUALA LUMPUR - Kewujudan sukan elektronik (e-sport) tidak akan meminggirkan sukan konvensional, sebaliknya...

Remaja Hilang Ditemui Mati...

LANGKAWI - Mayat remaja lelaki yang dilaporkan hilang semasa berenang di laut berdekatan...

UPP Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM 3 Juta

KOTA BAHARU – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan merampas pelbagai jenis rokok seludup bersama tujuh buah van bernilai lebih RM3 juta dalam operasinya di Jalan Raya Timur Barat iaitu dari sempadan Perak dan Kelantan hingga Batu Melintang, Jeli.

Komander UPP Kelantan Rusli Karim berkata dalam operasi dua hari bermula Selasa lepas, UPP merampas 25,010 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM2.4 juta dalam tujuh buah van yang ditinggalkan kesemua suspek di beberapa lorong menuju ke hutan di jalan raya berkenaan.

“Selepas UPP menutup laluan dengan membuat sekatan jalan di jalan raya itu, kesemua van yang membawa rokok seludup itu dipandu masuk beberapa lorong menuju ke hutan untuk meloloskan diri. Kami berjaya menjejaki tujuh buah van yang ditinggalkan di lorong-lorong berkenaan sementara sebuah van lagi berpatah balik ke Perak dan berjaya ditahan UPP Pengkalan Hulu.

“Hasil siasatan mendapati tujuh buah van terbabit mengandungi pelbagai jenis rokok seludup yang dipercayai untuk dipasarkan ke Kelantan. Anggaran nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM3,026,647,” katanya kepada pemberita di Pejabat UPP Kelantan di sini hari ini.

Rusli berkata pihaknya percaya kesemua van terbabit adalah daripada sindiket sama yang menggunakan kenderaan mewah untuk melakukan aktiviti penyeludupan berdasarkan risikan sejak enam bulan lepas.


“Kami percaya sindiket berkenaan menyeludup rokok dalam jumlah yang besar bagi memenuhi permintaan sempena cuti Tahun Baharu Cina ini. Sebelum cuti perayaan, mereka terlebih dahulu menyediakan stok yang banyak untuk dihantar kepada pelanggan,” katanya.

Rusli berkata rampasan rokok terbabit adalah kejayaan paling menarik buat UPP kerana berjaya menahan kesemua van dalam satu operasi bagaimanapun tiada tangkapan kerana suspek berjaya melarikan diri.

Kesemua rampasan itu diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

http://mynewshub.cc/wp-admin/post-new.php

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori