• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UAE Tarik Diri Pakatan Serangan Udara Terhadap IS

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Emiriah Arab Bersatu (UAE) menarik diri daripada pakatan serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria selepas juruterbang Jordan yang ditangkap dan kemudiannya dibunuh, kata pegawai Amerika Syarikat (AS).

UAE menarik diri daripada pakatan serangan udara itu selepas juruterbang berkenaan jatuh ke tangan IS pada Disember lalu.

Bagaimanapun, pegawai itu berkata, negara Teluk Arab itu masih menawarkan akses kepada pangkalan udara utama untuk pesawat AS dan negara lain untuk melaksanakan pakatan berkenaan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa UAE menggantung serangan udara selepas pesawat yang dikendalikan juruterbang Jordan itu terhempas,” kata pegawai berkenaan.

“Tetapi saya boleh jelaskan bahawa UAE akan terus menjadi rakan penting dan berharga yang menyumbang kepada pakatan itu,” katanya yang tidak mahu identiti beliau disiarkan.

Pada Selasa lalu, puak pelampau IS menyiarkan rakaman video menunjukkan anggota Tentera Udara Jordan, Maaz al-Kassasbeh, dibakar hidup-hidup.

Pegawai itu berkata, disebabkan kebimbangan terhadap kru udaranya, UAE membangkitkan kemampuan unit mencari dan menyelamat AS di rantau terbabit.

Wakil UAE mencadangkan supaya tentera AS menghantar pesawat tilt rotor Osprey V-22 milik mereka ke utara Iraq supaya ia lebih dekat dengan mana-mana pesawat yang terhempas, bukannya di Kuwait.

Osprey digunakan untuk misi menyelamat berikutan keupayaan aset itu yang mampu berlepas seperti helikopter tetapi terbang dengan kelajuan seperti kapal terbang. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=f-5DtKaR040

Tags: Arab SaudiIS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd