• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TRW Perlu Tukar Strategi – Annuar Musa

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – The Red Warriors (TRW) perlu menukar strategi dengan menyenarai empat pemain yang mempunyai ‘penyudah tajam’ di barisan hadapan jika berhasrat mencatat kemenangan pada perlawanan pertama Piala FA, menentang Sarawak di tempat lawan, Jumaat ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata TRW perlu belajar daripada kesilapan selepas tumpas 0-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Super, Sabtu lepas.

“Bila FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) benarkan empat (pemain) import beraksi serentak, maka pasukan yang mempunyai dana akan gunakan peluang untuk beli pemain yang bagus terutama penyerang.

“PDRM gunakan tiga ‘attacking imports’ (penyerang import) berbanding TRW menggunakan seorang (penyerang import) sahaja. Kebetulan Gan (Brendan Gan) dan Pacho (Emmanuel Kenmogne) cedera. Untuk seterusnya jangan bermain bertahan.

Sekurang-kurang empat ‘goal-poachers’ (pemburu gol) mesti dalam barisan pemain,” kata Annuar dalam catatan terbaharu di laman sosial Facebooknya hari ini.

Selain itu, Annuar berkata empat pemain tempatan iaitu Mohd Nor Farhan Muhammad, Mohd Khairul Izuan Rosli, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Badhri Mohd Radzi turut berkemampuan memikul tanggungjawab untuk menghasilkan gol buat TRW.

“Pacho, Erwin Carillo dan Isaac Pupo juga perlu pandai menghidu peluang di hadapan gol, saya yakin mereka semua mampu (menjaringkan gol),” katanya.

Annuar turut menyifatkan saingan Liga Super musim ini, sengit kerana setiap pasukan mempunyai keupayaan tersendiri untuk menewaskan lawan masing-masing.

“Musim ini siapapun boleh kalah dan mengalahkan…baru tiga perlawanan dan sembilan dari 12 pasukan sudah hilang kekebalan.

“Sekarang hanya tinggal Perak, Felda United dan Sarawak (yang belum tewas) dan mereka akan bertemu TRW tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd