• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trafik Sesak Di Lebuh Raya Utama Petang Ini

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dilaporkan semakin sesak di kebanyakan lebuh raya setakat 6 petang ini berikutan ramai warga kota pulang ke ibu negara selepas cuti bersempena Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad berkata situasi itu berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari arah utara ke Kuala Lumpur.

Antara lokasi terlibat ialah sebelum masuk Plaza Tol Juru ke Bukit Tambun Selatan, sebelum jambatan Pulau Pinang dari Perai ke sebelah pulau, Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Kuala Kangsar ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, R&R Sungai Perak ke Terowong Menora dan dari Bandar Baru ke Bukit Merah.

“Trafik juga dilaporkan bergerak perlahan dari Ipoh Selatan ke R&R Simpang Pulai, Tapah menuju ke Bidor, di simpang masuk dan keluar Plaza Tol Simpang Pulai, dari Bidor ke Slim River, Rawang menuju ke Rawang Selatan serta dari Sungai Buloh ke Bukit Lanjan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jurucakap itu berkata terdapat treler rosak di lorong kiri di Km261.3 arah utara dan bas rosak di Km261.4 dari Port Dickson ke Seremban yang menyebabkan trafik bergerak perlahan.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik semakin sesak dari Cheneh ke Tol Jabur di Lebuhraya Pantai Timur fasa 2, Lanchang ke Tol Karak, Bentong ke Bukit Tinggi dan dari sebelum keluar Tol Gombak ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Tags: aliran trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd