SEKALUNG tahniah diucapkan buat Tomok dan isteri, Siti Rahayu Abas yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka jam 1.34 petang tadi.
Tomok berkongsi perkhabaran gembira itu di laman Twitternya dengan menulis, “Alhamdulillah, wife saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 1.34 tengahari tadi. Baby boy seberat 3.33 kg.. Alhamdulillah”.
Pasangan ini yang berkahwin pada 1 Julai 2011 mempunyai seorang lagi anak lelaki yang dilabel sesetengah peminat seni sebagai anak selebriti paling bijak iaitu Arrian Shah Akid.
Tahniah Tomok dan isteri, pasti lepas ni ramai peminat Tomok tak sabar nantikan video anak keduanya itu pula selepas Arrian sering kali mencuri limelight bapanya dengan pelbagai keletah comel!
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=DHIRCqixUOM



