• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Guna Perkataan`Haha’ Dalam Kenyataan Rasmi

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Sukan
2
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buat julung kali, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggunakan perkataan `haha’ yang sering digunakan oleh masyarakat sebagai ayat ketawa dalam kenyataan rasmi baginda hari ini.

TMJ menggunakan ayat itu sewaktu membuat kenyataan terhadap pihak yang sentiasa memandang negatif terhadap pembangunan bola sepak Johor termasuk yang gembira dengan kekalahan Harimau Selatan dalam aksi kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) malam tadi.

“Kita berada di atas landasan yang betul dengan memenangi Piala Sumbangsih yang juga merupakan perlawanan liga pertama. Kini kita perlu fokus dalam setiap perlawanan dan berusaha sebaik mungkin.

“Janganlah kita terlalu terkesan kerana dunia belum berakhir. Kita seharusnya memberi sokongan padu kepada pasukan kerana telah berusaha. Marilah kita bersama-sama menempa sejarah. Maju ke hadapan dengan senyuman kerana tiada yang lebih menyakitkan hati mereka yang bersifat negatif… Haha,” titah baginda melalui laman Facebook Johor Southern Tigers.

TMJ yang juga Presiden Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) menjelaskan, Harimau Selatan memang tidak pernah meletakkan sasaran tinggi bagi ACL kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) berpendirian Harimau Selatan merupakan pasukan yang masih mentah berbanding pasukan-pasukan handalan Asia.

Bagaimanapun, titah baginda, kejayaan JDT untuk bersaing dalam kejohanan Piala AFC dan memberikan saingan terbaik sudah merupakan suatu pencapaian untuk pasukan itu.

“Sekarang, kita (JDT) hanya fokus untuk melakukan yang terbaik untuk musim ini seperti dalam saingan Liga Super, Piala AFC dan mungkin juga dalam Piala FA,” titah baginda.

Baginda bagaimanapun melahirkan dukacita kerana pasukan JDT terpaksa mengharungi pusingan kelayakan untuk ke ACL memandangkan pasukan kebangsaan berada pada kedudukan yang rendah.

“Sekiranya kedudukan pasukan negara kita lebih baik, tentu kita telah layak secara automatik untuk bertanding dalam ACL,” titah baginda.

Sehubungan itu, TMJ menasihati penyokong Johor cuma memberi tumpuan terhadap urusan bola sepak Johor, sentiasa senyum dan maju ke hadapan kerana pencapaian JDT waktu ini boleh dianggap baik bagi sebuah pasukan yang masih mentah. - MYNEWSHUB.CC

Tags: TMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd