ANDA mungkin menyedari masalah kelembapan melayari Internet yang bagaikan ‘kencing tak lawas’ saja sejak kebelakangan ini.
Jika anda cuba buka Youtube, sesetengah video kadar kualitinya cuma 360P sahaja.
Kelembapan paling nyata dialami apabila melayari laman dari Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara.
Ini disebabkan berlaku kerosakan pada kabel bawah laut Asia-America Gateway (AAG) berhampiran Filipina sejak 9 Februari tahun lalu.
Pihak Telekom Malaysia hari ini mengumumkan, masalah kelembapan kelajuan internet ini akan berterusan sehingga 6 Mac depan.
Dimaklumkan, kelewatan membaiki kerosakan tidak dapat dielakkan berikutan cuaca buruk dan ketinggian ombak yang berbahaya sekitar kawasan kabel dilaporkan rosak.
Pelanggan TM yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung melalui email [email protected] untuk pelanggan Stremyx dan [email protected] untuk pelanggan UNIFI.
Laporan mengenai perkara ini juga boleh diikuti melalui Twitter rasmi @TMconnects.
Kepada pengguna (termasuk kami) sama-samalah kita bersabar dengan masalah yang ada kerana proses dibaikpulih sedang dijalankan.
Kerosakan kabel AAG kali ini, dilaporkan kali keenam sejak 2011.
Diharapkan selepas pembaikian kali ini keadaan akan kekal baik lebih lama jadi pengguna tidaklah terasa seperti melayari internet tahun 1995. Terima kasih.
-MYNEWSHUB.CC
Sumber: TM
Oleh: hzqahmd