• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tinjauan: 98% Setuju Syarikat Telco Negara Ini Kuat Menipu!

oleh AK-47
07/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU tinjauan yang dilakukan di laman web Mynewshub berkenaan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini mendapati 98 peratus daripada 1,932 undian bersetuju mereka ‘kuat menipu’ pengguna.

Hanya 2 peratus sahaja tidak setuju dengan kenyataan berkenaan.

Hasil tinjauan yang dijalankan oleh Mynewshub.cc.
Hasil tinjauan yang dijalankan oleh Mynewshub mendapati sebahagian besar pengguna meragui ‘kejujuran’ syarikat Telco di negara ini.

Mynewshub sebelum ini pernah melaporkan tindakan beberapa Telco yang dikesan banyak melakukan penipuan dengan pelbagai cara antaranya melibatkan penggunaan data internet.

Perkara ini dipersetujui Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan apabila mendedahkan pada satu sidang media 13 Januari lepas, syarikat Telco tertentu melakukan penipuan terancang.

BACA JUGA – Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu

“Itu penipuan, pelanggan melanggan 3 gigabyte (GB) dapatnya 1.5GB, kadang-kadang tidak dapat langsung. Orang pun marah pilih syarikat telekomunikasi lain tetapi perlu menandatangani kontrak selama dua tahun,” katanya.

Antara penipuan yang dikesan adalah perkhidmatan perayauan antarabangsa (roaming) yang mengenakan caj tidak munasabah kepada pelanggan yang berada di luar negara tanpa mengetahui sistem berkenaan telah diaktifkan hingga ada kes pengguna tiba-tiba dapat bil RM80,000.

Selain itu, para pelanggan juga kerap membuat aduan berkenaan kehilangan kredit pra-bayar secara tiba-tiba, kebanyakannya disebabkan ditolak penggunaan internet harian, padahal pelanggan sudahpun membuat langganan bulanan.

mengeluh caj mahal

Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mencadangkan agar pengguna memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga, patut ditujukan juga kepada syarikat Telco yang kuat menipu seperti ini.

Angka 98 peratus bukan kecil jika melihat undian yang dijalankan di Internet, sekaligus ia membayangkan pengguna sudah lama dihimpit masalah ini tanpa pembelaan.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu melihat kepada isu ini khususnya tindakan Telco mengenakan caj tidak munasabah sesuka hati kadangkala ‘secara rahsia’ hingga membebankan pengguna.

Jika pihak berkuasa terus berdiam tanpa usaha membanteras penipuan syarikat Telco ini, maka jadilah seperti kata Nadzim yang turut dikenali sebagai Tok Ki, “pengguna sudah sedia menyerahkan diri mereka untuk ditipu dari buaian sehingga ke liang lahad..”

-MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Pemilik Syarikat Dakwa Ditipu Syarikat Telekomunikasi

http://youtu.be/V0Hc_be8k5o

Tags: kes tipuTelco
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

Telco Boleh Tawar Harga Pakej Lebih Rendah

05/02/2023
0

Kuala Lumpur : Kadar harga Pakej Internet Perpaduan yang diumumkan kerajaan hanyalah garis asas bagi syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan...

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

Enam Telco Setuju Laksana 5G Di Malaysia

30/06/2022
0

PUTRAJAYA : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan enam syarikat telekomunikasi (telco) akan mengambil kepentingan ekuiti dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd