• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Adik Belum Matang – Neelofa

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Neelofa menjelaskan tindakan adiknya, Ameera yang menggunakan bahasa kurang sopan sebagai respon bagi mempertahankannya di laman sosial Instagram adalah tindakan kurang matang.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, adiknya yang baharu sahaja berusia 14 tahun itu terlalu mengikut emosi dan perasaan tanpa menyedari kesan dan akibat daripada tindakannya.

“Saya faham perasaannya yang terluka kerana pihak luar mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadap saya sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengawal perasaan dan mengeluarkan kata-kata tersebut.

“Dia baharu sahaja 14 tahun dan tindakannya itu tidak matang namun ia adalah pengajaran bernilai buatnya pada masa hadapan,” katanya kepada mStar Online.

Ameera bertindak mempertahankan kakaknya selepas pengikut di Instagram mempertikaikan tindakan Neelofa memuat naik gambar kepalanya dipegang oleh seorang lelaki yang dipercayai seorang Qari.

Bagaimanapun Neelofa dalam laporan mStar Online pada 29 Januari lalu menjelaskan lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia sebelum ini sering berpesan kepada adiknya agar tidak mencampuri sebarang urusan melibatkan dirinya kerana bimbang kesan terhadapnya.

Bagaimanapun kata Neelofa, dia tetap berasa kasihan terhadap Ameera kerana kritikan diberikan kepada remaja itu telah menyebabkan dia berasa trauma.

“Saya sudah beritahu sebelum ini jika kita layan kata-kata negatif di laman sosial sampai bila ia tidak akan habis.

“Mungkin ada hikmahnya kejadian tersebut kerana dia sudah dapat pengajaran agar tidak lagi mengulangi perkara sama,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa bakal bergandingan dengan Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan) sebagai hos Anugerah MeleTOP Era 2015 yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 22 Februari depan. – mStar Online

Tags: ArtisNeelofa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd