• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Beradik Hilang Tempat Bergantung

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Tiga beradik hilang tempat bergantung selepas ibu mereka terlantar dan tidak sedarkan diri di hospital selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian otak pada 1 Feb lepas.

Saadiah Omar, 46, yang juga ibu tunggal, kini berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar berikutan mengalami kerosakan buah pinggang selepas tiga hari pembedahan dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Adik Saadiah, Yaakob Omar, 42, berkata kakaknya yang tinggal di Kampung Sungai Daun Tengah di sini sebelum ini bekerja sebagai nelayan bagi menyara kehidupan keluarga serta tiga anaknya yang masih bersekolah.

Katanya penyakit menimpa kakaknya dikesan setahun lepas apabila penglihatannya mula kabur menyebabkan dia tidak dapat pergi ke laut selain sering mengalami sakit kepala.

“Kakak saya mahu lakukan pembedahan secepat mungkin dengan harapan cepat sembuh dan dapat kembali mencari rezeki untuk anak-anak dia. Doktor sebelum ini memberitahu pembedahan berisiko tapi dia tetap hendak lakukannya,” katanya.

Yaakob berkata tiga anak saudaranya itu iaitu Nur Shamira Abd Yazid, 15, Muhammad Nor Hisham, 13, dan Muhammad Nor Hafizi, 7, kini tinggal di rumahnya di Kuala Sungai Limau sejak dua minggu lepas.

Sebagai seorang nelayan dengan pendapatan yang tidak menentu, dia menaruh harapan supaya orang ramai menghulurkan bantuan kepada tiga beradik tersebut bagi membolehkan mereka meneruskan persekolahan seperti biasa.

Katanya Nur Shamira yang kini berada di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Yan memerlukan buku rujukan tambahan bagi menghadapi peperiksaan Petaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

“Muhammad Nor Hisham yang bersekolah di Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Lil Banil di Batu Menunggol, Pendang memerlukan yuran pengajian sebanyak RM100 setiap bulan dan Muhammad Nor Hafizi yang juga Orang Kelainan Upaya juga memerlukan lampin pakai buang,” katanya.

Menurut Nur Shamira, disebabkan keadaan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan dia terpaksa mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dan menjaga kebajikan adik-adiknya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Yaakob di talian 019-4265996 atau terus ke akaun Bank Simpanan Nasional 02103-29-00001522-1 atas nama Yaakob Omar. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd