Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Garuda Baham Harimau Malaysia

SOLO - Dua gol pantas Indonesia di awal permainan sudah cukup meleburkan cabaran...

Namewee Biadab Lagi, Seks...

TIDAK SERIK... Selepas pernah menggemparkan negara dengan klip video biadab Oh My God pada...

Vaksin COVID-19 Selamat, Tiada...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon...

Lelaki Myanmar Maut Ditetak...

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki warga Myanmar dijumpai mati dengan kesan tetakan di...

Thaipusam Kekal Bukan Hari Cuti Umum Di Singapura

SINGAPURA – Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bertegas menyatakan, Thaipusam tidak akan dijadikan sebagai hari cuti umum untuk republik tersebut sejak ia dimansuhkan pada 1968 lalu, lapor stesen radio tempatan, 938LIVE pada Jumaat.

Sebaliknya, sebarang langkah untuk mengembalikan sesuatu perayaan agama sebagai kelepasan am akan segera mencetuskan tuntutan daripada pihak lain, sekali gus memerlukan rundingan diadakan semula dengan semua kumpulan masyarakat.

“Thaipusam pernah jadi cuti umum di Singapura, namun dibatalkan bermula 1968 setelah rundingan teliti bersama pelbagai kumpulan agama dan ia keputusan sukar, kerana sesuatu berharga harus dilepaskan demi kepentingan semua,” kata MOM dalam satu kenyataan.

Thaipusam menjadi satu-satunya perayaan keagamaan di Singapura yang boleh menganjurkan perarakan jalanan berbanding agama-agama lain. – Gambar hiasan

MOM menyatakan demikian sebagai respons kepada surat-surat pembaca yang diterbitkan menerusi ruangan forum iaitu ‘Voices‘ dalam akhbar popular tempatan TODAY, mengenai kemungkinan Thaipusam ditetapkan kembali sebagai cuti umum di Singapura.

Menurut kenyataan itu, MOM cuma mewartakan 11 hari cuti umum yang dinikmati sekarang sebagai tidak terlalu banyak atau juga kurang berbanding negara-negara lain selepas memansuhkan Thaipusam, Maulidur Rasul, Awal Muharam dan Easter Monday.

Rakyat Singapura sejak 1968 hanya menikmati cuti perayaan Tahun Baharu Cina selama dua hari serta masing-masing sehari sahaja pada Wesak, Aidilfiri, Aidiladha, Deepavali, Good Friday, Krismas, Tahun Baharu Masihi, Hari Pekerja dan Hari Kebangsaan.


MOM menambah, ketika pihaknya sentiasa memastikan bahawa seluruh rakyat Singapura dapat mengamalkan kepercayaan mereka secara bebas harmoni, adalah tidak praktikal untuk menetapkan semua perayaan keagamaan yang penting, sebagai hari cuti umum.

Bagaimanapun rakyat Singapura dari kalangan semua agama dibolehkan untuk memohon cuti tahunan semasa daripada pihak majikan bagi meraikan hari kebesaran agama masing-masing tanpa menjejaskan sektor ekonomi khasnya pihak bank dan industri.

Awal Februari lalu, berlaku kekecohan antara penganut Hindu dengan beberapa anggota polis Singapura ketika mengawal sambutan Thaipusam di luar sebuah kuil tempatan, menyebabkan empat orang diberkas, berbanding sembilan orang pada tahun lalu.

Penganut Hindu di Singapura beberapa kali mendesak pemerintah mewartakan Thaipusam sebagai cuti umum dengan membuat perbandingan di Malaysia apabila enam negeri dan dua wilayah persekutuan mewartakan perayaan itu sebagai hari kelepasan am.

Kementerian Dalam Negeri Singapura yang bimbang isu sensitif itu berlarutan menjadi polemik perkauman menegaskan Thaipusan di republik itu satu-satunya perayaan yang diizin menganjurkan perarakan jalanan berbanding penganut agama lain. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori