• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera, Masyarakat Perlu Jalin Hubungan Baik – Raja Muda Perlis

oleh Ahmad Albab
08/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamaluddin mengingatkan anggota tentera mengenai kelebihan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat awam.

Baginda bertitah, perkara itu perlu diberi perhatian serius oleh setiap anggota dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain sentiasa berusaha mempertingkatkan hubungan yang sedia terjalin.

“Persepsi dan kepercayaan masyarakat terhadap ATM akan meningkat sekiranya mereka dapat diyakini,” titah baginda selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah ketika melancarkan Latihan Askar Wataniah bagi tahun 2015 di Dataran Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau, petang semalam.

Berangkat sama pada majlis anjuran Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri di sini ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Panglima Briged Sempadan Brig Jen Zainal Abidin Mohd Said dan Panglima 6 Briged Brig Jen Mardzuki Muhammad.

Tuanku Syed Faizuddin turut mahu anggota tentera agar menanam sifat menghormati setiap bangsa, agama dan adat resam masyarakat Malaysia serta menjauhi gejala sosial yang memburukkan imej ATM.

“Beta berharap anggota tentera berusaha memahami masyarakat setempat secara mendalam dan bekerjasama dengan mereka. Cara ini, beta yakin rakyat akan berani memain peranan sebagai ‘mata dan telinga’ untuk menyalur maklumat mengenai sebarang ancaman terhadap negara,” titah baginda.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan antaranya brass band, Tempur Tanpa Senjata, anjing pengesan dan pertunjukan ular.

Tuanku Syed Faizuddin kemudian menyertai program kayuhan basikal bersama anggota tentera dan masyarakat setempat sejauh 14 kilometer.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) singgah di beberapa rumah asnaf untuk menyampaikan bantuan.

Turut berlangsung ialah ceramah perdana di RPA Arau. – BERNAMA

Tags: Raja Muda Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Saling Ingat Mengingati Kesan Buruk Dadah

13/11/2018
0

KUALA PERLIS – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat saling memberi peringatan di antara satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd