Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

DoJ Sudah Tidak Lagi...

PIHAK Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) tidak melihat ada keperluan untuk terus...

Negara Kekurangan 900 Doktor...

ALOR SETAR - Negara masih kekurangan 900 doktor pakar kecemasan bagi tampung jumlah...

Video: Wanita Ini Selamba...

VIDEO seorang wanita memukul seorang warga emas di sebuah klinik di Pusat Transformasi...

Kilang Bungkus Makanan Ringan...

SHAH ALAM - Sebuah kilang pembungkusan makanan ringan di Puchong dekat sini diserbu...

Tak Salah Puji Nik Aziz Selepas Kematiannya – Muhammad Khalil

KUALA LUMPUR – Tidak salah pelbagai pujian dilemparkan ke atas Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas kematiannya kerana bekas Menteri Besar Kelantan itu memang layak mendapat pujian tersebut.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pujian itu juga menunjukkan salah satu tanda-tanda husnulkhaatimah.

“Sebaik-baik pujian ialah selepas seseorang itu meninggal dunia kerana pujian yang diberikan ketika hidup belum tentu bagaimana kesudahannya.

“Alhamdulillah kita semua melihat bagaimana kesudahan Almarhum Tuan Guru (Nik Abdul Aziz) sehingga ke akhir hayat memberikan khidmat kepada agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Meskipun kenyataan beliau itu tidak merujuk kepada mana-mana pihak tetapi ia dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan segelintir pemimpin pro-pakatan rakyat dalam PAS yang mempersoalkan pihak media memberi liputan meluas ke atas Allahyarham Nik Abdul Aziz hanya selepas kematianya.


Antaranya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang secara terbuka mengkritik sikap media tempatan tersebut.

Mengulas lanjut, Muhammad Khalil berkata, kematian seorang ulama seperti Nik Abdul Aziz tidak sama dengan kematian manusia biasa.

Menurutnya, kematian seorang ulama bermakna hilang `mutiara ilmu’ maka ia juga boleh dianggap sebagai satu bencana kepada umat manusia.

“Bencana yang akan menyebabkan manusia berada di lembah kejahilan yang gelap gelita sehingga kemuncaknya apabila tiba masa hampirnya berlaku kiamat maka tiada lagi ulama bahkan manusia yang mengaku Islam pun tiada,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori