• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Kerjasama Dengan Polis Kesan Pemilik ‘Isis Malaysia 69’

oleh Ahmad Albab
18/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan pemilik akaun YouTube ‘Isis Malaysia 69’, kata Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie.

“Apa bantuan yang diperlukan kami akan berikan. Kerjasama sudah bermula dan kami sudah pun berhubung dengan PDRM,” katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas mengenai penerbitan video itu.

Halim ditemui selepas menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara SKMM dan Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) di SKMM di sini Selasa.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan pemilik akaun YouTube ‘Isis Malaysia 69’ bagi membantu siasatan berkaitan video cubaan menghasut orang ramai mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah negara ini.

Dalam video berdurasi kira-kira seminit itu, empat individu berpakaian serba hitam dan menutup bahagian muka, memberi amaran akan mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan mahkamah dengan membakar mercun pada 18 Feb pada pukul 11.30 malam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Mengenai saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kepada syarikat telekomunikasi supaya menawarkan pakej jalur lebar pada harga yang lebih rendah, beliau berkata SKMM akan berbincang dengan pihak industri bagi mendapatkan pandangan. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=NgZQcd8aCkk

Tags: ISISSKMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Tidur Anwar Terganggu Kerana Nyamuk” – Wan Azizah

Next Post

Selesai Jalani Pemulihan, Zamani Akan Lancar Album

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

Next Post

Selesai Jalani Pemulihan, Zamani Akan Lancar Album

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd