• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sirul Tak Pernah Kata Dia Diarah Sesiapa – Peguam

oleh AK-47
23/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA kenyataan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar bahawa tindakannya membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu adalah di atas arahan pihak tertentu, kes tersebut boleh disiasat semula.

Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Sirul dalam kes itu berkata, Sirul sebelum ini tidak pernah berkata dia diarahkan sesiapa.

“Kalau betul apa yang dikatakan, tiada halangan untuk polis menyiasat dan buat pendakwaan baharu mengikut kenyataan itu. Percakapan itu di bawah Seksyen 112 (pemeriksaan saksi oleh polis).

BACA – Henti Sebarang Dakwaan Berkaitan Kes Altantuya – Syed Ali

“Tetapi polis Malaysia perlu memohon kebenaran terlebih dahulu daripada pusat tahanan di Australia di mana Sirul ditempatkan sekarang. Selepas dapat kebenaran, baru polis boleh ke sana untuk rakam keterangan Sirul,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, selepas mendapatkan rakaman percakapan Sirul, polis boleh mula menyiasat kes itu berdasarkan kenyataan yang diberikan.

Namun beliau tidak tahu sama ada polis Malaysia boleh mendapatkan akses mudah untuk bertemu Sirul.

“Saya tidak tahu bagaimana, kerana setahu saya tidak ada lagi kes melibatkan tahanan (Malaysia di luar negara) yang dirakamkan keterangan oleh pihak polis. Mungkin untuk kes lain ada, cuma bagi kes ini, saya tidak tahu,” katanya.

Seorang lagi peguam jenayah, Hafiz Zainal berkata, jika polis ingin membuka kes baharu terhadap Sirul, ia perlu diletakkan di bawah kesalahan dan seksyen lain.

Menurutnya, pihak pendakwaan tidak boleh menggunakan tuduhan yang sama kerana konsep double jeopardy dalam undang-undang melarang tuduhan sama dibuat ke atas seseorang tertuduh bagi kes sama selepas mahkamah telah membuat keputusan muktamad.

Sementara itu katanya, kenyataan Sirul Azhar itu tidak memberi apa-apa kesan terhadap keputusan kes sedia ada.

“Kes ini sudah sampai kepada Mahkamah Persekutuan. Keterangan pembelaan diri Sirul semasa di Mahkamah Tinggi sebelum ini tidak pernah menyebut ada menerima arahan daripada mana-mana pihak atau sebab-sebab lain semasa perbicaraan.

“Jadi, ia boleh dianggap khabar angin sahaja,” katanya.

Menurutnya, kes baharu boleh dibuka untuk menyiasat keterangan terbaharu Sirul itu kerana kes sebelum ini sudah sampai ke peringkat tertinggi, iaitu Mahkamah Persekutuan dan tidak boleh disiasat semula.

“Apa-apa kenyataan Sirul kini tidak boleh diterima pakai dan dijadikan sebagai bukti atau keterangan baharu untuk dikaitkan dengan keputusan mahkamah tempoh hari.

“Sepatutnya, keterangan seperti ini dimasukkan semasa proses membela diri sebelum ini. Apa juga keterangan sekarang hanya berunsur akademik sahaja,” katanya.

Menurutnya, dalam sesuatu kes mahkamah, fakta baharu yang dikemukakan pada masa rayuan atau selepas keputusan tidak mempunyai merit.

“Siasatan semula akan memakan masa memandangkan kes ini sudah lama. Biasanya, ia tidak dibuka semula.

“Jika kertas siasatan baharu dibuka, sudah pasti menimbulkan rasa sangsi pelbagai pihak mengapa keterangan ini tidak dinyatakan semasa hari pembelaan sebelum ini. Mengapa setelah dijatuhkan hukuman, baru nak beri kenyataan lain?

“Adakah kata-kata Sirul itu bersandarkan bukti dan akuan bersumpah? Jika ada bukti, mengapa ia tidak diberikan sebelum ini? Selagi tidak dikemukakan di mahkamah, ia hanya dianggap sebagai cerita sahaja,” katanya. – SINAR HARIAN ONLINE

Video PM Ditanya Soalan Berkaitan Sirul Azhar 

Tags: AltantuyaJenayah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd