Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Temui Mayat Dipercayai Dilibas...

KLANG - Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai ditikam di beberapa bahagian badan,...

Sarawak Fokus Capai Sasaran...

KUCHING : Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited memastikan Sarawak kekal di landasan...

Izzue Islam Berang Awin...

PENYANYI kumpulan Forteen, Izzue Islam mengakui berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang...

24,708 Kenderaan Dikenakan Tindakan...

KOTA BHARU : Sebanyak 24,708 kenderaan dikenakan tindakan, termasuk saman dan notis dalam...

Singapura Siar Fifty Shades Of Grey Tanpa Tapis Babak Seks

SINGAPURA – Meskipun diharamkan di beberapa buah negara termasuk jirannya, Malaysia dan Indonesia, penggemar Fifty Shades of Grey tidak perlu lagi berasa bimbang kerana Singapura masih membenarkan tayangan filem erotik popular itu.

Malah berita lebih baik dan pasti gembira, filem yang diadaptasikan daripada novel dengan tajuk sama, Fifty Shades of Grey karya penulis British, E.L. James itu akan ditayangkan di Singapura langsung tanpa sebarang adegan seks dipotong.

Namun demi menjaga sensitiviti masyarakat, filem itu masih diberi klasifikasi sebagai R21 daripada Lembaga Penapis Filem dengan disertai satu panduan nasihat bahawa cereka layar perak tersebut mempunyai tema matang dan adegan seks.

Gambar hiasan

Ini bermakna hanya penonton berusia 21 tahun dibenarkan memasuki pawagam terlibat bagi menghayati karya seni bersifat lucah yang dipetik daripada novel tersebut sehingga berjaya dijual lebih 100 juta naskhah dalam 52 bahasa di seluruh dunia.

Fifty Shades of Grey mengisahkan seorang mahasiswa jurusan sastera, Anastasia Steele lakonan aktres jelita lagi comel, Dakota Johnson yang bertemu dengan seorang ahli perniagaan kacak tetapi penuh misteri, Christian Grey dibintangi Jamie Dornan.

Filem genre romantik ini yang telah ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Berlin pada Rabu lalu bakal disiarkan di pawagam Singapura pada Khamis manakala tayangan di seluruh dunia pada Jumaat sempena Hari Kekasih atau Valentine’s Day pada Sabtu.


Gambar hiasan

Dilaporkan tiket filem ini laris habis dijual sejak beberapa hari lalu di Amerika Syarikat, Australia, Britain dan Kanada walaupun ia diberi klasifikasi ketat tontonan dewasa kerana banyak babak seks ganas tidak sesuai untuk remaja dan kanak-kanak.

Di Malaysia, filem terbitan Universal Pictures itu sepatutnya ditayangkan pada Khamis, namun dibatalkan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia pada 5 Februari kerana ia terlalu lucah dan dibimbangi memberi kesan besar kepada penonton.

Barang kali ini boleh juga dianggap sebagai antara strategi bijak secara tersirat Singapura bagi menarik kembali kedatangan ramai pelancong antarabangsa ke pulau itu yang buat kali pertama merosot teruk pada tahun lalu. – Agensi

BACA : Jumlah Pelancong Ke Singapura Merosot 2014

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori