• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Nak Baiki Rumah Kami – Mangsa Letupan Bom

oleh Ahmad Albab
14/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Penduduk Taman Ria Mesra II di sini yang rumah mereka rosak teruk akibat letupan bom, menyoal pihak mana yang perlu bertanggungjawab membaiki rumah mereka.

Wakil penduduk, Khairul Anuar Ahmad berkata akibat letupan itu, 16 buah rumah mereka rosak teruk dan tidak lagi boleh diduduki manakala 45 lagi mengalami kerosakan kecil.

“Sejak kejadian itu, banyak pihak tampil menabur janji untuk membaik pulih rumah kami, namun perkara itu tidak mempunyai sebarang hitam putih menyebabkan kami sering tertanya-tanya,” katanya.

Beliau berharap satu pertemuan dapat diadakan dengan pihak bertanggungjawab.

Dalam kejadian pada 24 Dis itu, empat orang turut terbunuh termasuk seorang anggota tentera yang bertugas di kem berhampiran.

Khairul Anuar berkata kebanyakan penghuni yang terjejas terpaksa menyewa rumah lain.

Seorang penduduk Faizal Mohd Zain berkata beliau kini terpaksa menyewa rumah lain selain terpaksa meneruskan bayaran pinjaman rumah yang dibelinya sejak tujuh tahun lalu, yang musnah dalam kejadian tersebut.

Pesara tentera, Che Abd Kadir Waai berkata hasratnya untuk memiliki rumah sendiri musnah akibat kejadian itu.

“Saya sangkakan selepas bersara dapat tinggal di rumah sendiri, tetapi kini terpaksa menyewa pula,” katanya yang keretanya turut musnah. – BERNAMA

Tags: BomMangsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jenayah Telekomunikasi: RM715 Juta Kerugian, Usia 21-30 Tahun Paling Ramai Jadi Mangsa

Jenayah Telekomunikasi: RM715 Juta Kerugian, Usia 21-30 Tahun Paling Ramai Jadi Mangsa

21/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Individu berusia 21 hingga 30 tahun adalah kumpulan mangsa tertinggi jenayah telekomunikasi bagi tempoh Januari hingga November tahun...

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

08/03/2025
3

SEREMBAN - Pertubuhan Briged Negaraku bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada keluarga mangsa maut dirempuh sebuah kereta melanggar lampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd