• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih ‘Intim’… Showcase Anuar Zain Cuma 388 Penonton

oleh AK-47
18/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 388 peminat sahaja berpeluang menonton ‘Showcase an Evening with Anuar Zain’ yang dianjurkan oleh Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di Dewan Tunku Abdul Rahman (TAR), Matic pada 6 dan 7 Mac depan.

Showcase istimewa itu merupakan salah satu program mega di Matic bersempena sambutan Malaysia Year of Festival 2015 (MyFest2015).

anuar5
Noor Lunar Mat Saleh

Menurut Pengarah Matic Noor Lunar Mat Saleh, pemilihan Anuar dibuat kerana populariti penyanyi itu yang mampu menarik peminat selain eksklusiviti Anuar Zain itu sendiri.

“Siapa yang tak kenal dengan Anuar Zain kan, sebab tu kami pilih Anuar Zain. Dia sangat profesional dalam kerja.

“Selain itu, kami memilihnya kerana Anuar dilihat mampu melonjakkan nama Matic sebagai tempat berprestij tinggi untuk sesebuah persembahan yang diadakan di sini,” katanya.

anuar3

Sementara itu, Anuar meluahkan kesyukuran kerana namanya dipilih untuk sebuah acara yang mampu mengangkat industri pelancongan Malaysia di mata luar terutama di negara-negara Asia Tenggara.

Menjanjikan kelainan dalam persembahannya itu nanti, Anuar mengatakan dia juga bakal beramah mesra dengan lebih dekat dan intim dengan penonton-penonton yang hadir di showcase itu nanti.

“Saya rasa cukup bertuah dan berbangga bekerjasama dengan Matic, saya pernah bekerjasama dengan Matic sebelum ini tapi ia dalam skala yang kecil.

“Sebagai artis tempatan kita kena sokong apa sahaja perkara baik yang dilakukan pihak pelancongan.

“Ini caranya saya give it to community (dengan menghiburkan peminat). Saya dan Matic akan cuba cipta sesuatu yang meriah. Hanya 388 peminat sahaja yang boleh menonton jadi ia merupakan satu sesi bersama peminat yang sangat intimate,” katanya ketika ditemubual Mynewshub.

anuar6

Sesuai dengan tema santai dan relaks, Anuar dijangka mendendangkan 10 lagu hits antaranya Ajari Aku, Ketulusan Hati, Sesucinya Cintamu, Sedetik Lebih dan Lelaki Ini.

Dalam pada itu, Anuar mengatakan dia akan tetap menjaga batas-batas dirinya sebagai seorang Muslim walaupun showcase itu nanti akan berlangsung dalam keadaan cukup santai dan dekat dengan peminat yang hadir.

Dia berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai tindakan sesetengah peminat yang terlalu teruja berjumpa dengan selebriti sehingga mungkin melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan imej orang Timur yang terkenal dengan sikap sopan santun.

Pada majlis hari ini, turut diadakan sambutan ulangtahun kelahiran Anuar ke-45, yang jatuh pada Ahad lalu.

anuar
Anuar Zain dikejutkan dengan sambutan ulangtahun kelahirannya ke-45, yang jatuh pada 15 Februari lalu.

Showcase An Evening with Anuar Zain kelak akan diiringi oleh live band di bawah seliaan pengarah muzik Jennifer Thompson.

Tiket-tiket dijual berharga RM250, RM300, RM450, RM600 dan RM750.

Untuk mendapatkan 388 tiket-tiket terhad ini anda boleh membeli terus di Matic, Jalan Ampang atau menghubungi Hame Azhar di talian 03-92354814 atau Nozita (03-92354830) atau layari www.matic.gov.my untuk keterangan lanjut.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=sA6vl9e_5hQ&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=YbsYdFcQWdI&feature=youtu.be

Oleh:  JULIANA JOHAR

Foto/Video:  RIZA RAZAK

Tags: myArtispenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd