Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Dekati Golongan Muda Jelas...

MUAR - Menangkis fitnah dan berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab di media...

KKM Jejaki 5,000 Peserta...

PUTRAJAYA - Semua Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia...

Misteri Sebiji Kek Helah...

SUDAH menjadi kebiasaan dengar kisah majikan bertindak kasar dengan pekerja terutamanya pembantu rumah.Namun...

Polis Sambut Baik Bantu...

KUALA LUMPUR - Polis mengalu-alukan rancangan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membantu membawa...

Shabery Sedia Platform Sesi Debat Kes Liwat Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Shabery berkata amat malang jika ada pihak yang terus mendakwa bahawa keputusan tersebut merupakan konspirasi politik UMNO bersama dengan pihak kerajaan yang mahu menganiaya Anwar.

“Ia merupakan satu tuduhan yang tidak berasas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan cek sumbangan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) membantu mangsa banjir di Putrajaya, Rabu.

Justeru, katanya, beliau bersedia menganjurkan sebarang forum, dialog atau debat bagi rakyat berpeluang melihat hujah sebenar mengenai kes itu melalui saluran televisyen nasional atau mana-mana platform lain.

“Saya sebenarnya tidak mahu masuk campur dalam hal ini tetapi bila ada pihak yang terus mencemarkan nama negara dan sistem keadilan dan mempersoal hakim kita hingga sanggup ke luar negara untuk mempengaruhi negara lain bagi mencemuh negara kita, ia boleh dianggap sebagai mengkhianati negara,” katanya.

Jelasnya, platform debat tersebut juga diadakan bagi memberikan ruang yang lebih seimbang bagi semua pihak memberikan pendapat yang dapat ditonton oleh semua rakyat.


“Sekurang-kurangnya kita dapat bagi pendapat yang lebih seimbang kerana lebih daripada enam tahun terutamanya daripada parti kerajaan berdiam diri kerana kita kata isu ini adalah antara Anwar dengan pembantu khas yang dia sendiri pilih,” kata Ahmad Shabery.

Namun, katanya, penganjuran debat itu terserah kepada pihak mahkamah sama ada ia dibenarkan untuk diadakan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.- BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=ee1PUNKV8uE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori