• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Komited Bekerjasama Dengan KKM Bendung Denggi

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor komited untuk terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membendung peningkatan jumlah kes wabak denggi, selain mendapatkan kaedah penyelesaian terbaik bagi menangani wabak itu.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kerjasama itu perlu berikutan peningkatan mendadak kes demam denggi di negeri ini walaupun pelbagai langkah dan tindakan telah diambil untuk mengatasinya.

“Laporan KKM menyatakan Selangor merekodkan 1,000 kes dalam tempoh seminggu dan sedang meningkat kepada 1,600 kes seminggu dengan Petaling merupakan daerah yang paling kritikal.

“Disebabkan itu, kerajaan negeri komited untuk terus bersama-sama dengan KKM bagi menangani masalah ini,” katanya selepas menghadiri operasi terjah denggi di Seksyen 6 di sini, hari ini.

Beliau berkata sebagai langkah pencegahan proaktif, kerajaan negeri juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan kerja penyelenggaraan longkang setiap minggu bagi memastikan sistem perparitan bersih dan tidak menjadi punca pembiakan nyamuk aedes.

“Penyewa premis juga tidak akan dikecualikan daripada dikenakan kompaun yang sebelum ini hanya dikenakan ke atas pemilik jika didapati kediaman mereka menjadi punca denggi.

“Tindakan ini dibuat kerana kita mahu semua pihak memainkan peranan sebab pembiakan nyamuk aedes ini banyak berlaku di dalam rumah maka pemilik dan penyewa mesti bertanggungjawab untuk memastikan kerja-kerja pencegahan ini dapat dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd