• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tidak Gentar Dengan Ugutan – Khalid Abu Bakar

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak gentar dengan ugutan bunuh yang diterimanya daripada sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Anak Malaysia Anti Demokrasi’.

Khalid dalam kenyataan hari ini berkata ugutan itu langsung tidak menakutkan beliau sebagai Ketua Polis Negara dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan menyifatkan ugutan seperti itu merupakan lumrah seorang pegawai polis yang menjalankan tugas.

“Ekoran daripada beberapa klip video yang tersiar dalam laman sosial yang memperkenalkan mereka sebagai kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi baru-baru ini, saya menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak berkenaan serta ingin memberikan satu gambaran yang buruk terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Ini menunjukkan bahawa kumpulan tersebut tidak mengenal erti sebenarnya sistem demokratik yang telah sekian lama diamalkan di negara ini dan mengugut untuk membunuh saya,” katanya.

Dua hari lepas, video berdurasi 1 minit 27 saat menjadi viral di laman sosial YouTube, yang antara lain mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara dan meletupkan keretanya.

Video klip itu memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi di mana seorang daripada mereka mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan ugutan.

Mengulas lanjut, Khalid berkata apa yang membimbangkan adalah terdapat segelintir masyarakat tidak menggunakan saluran demokrasi yang sedia ada di negara ini dan sering melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang dalam menuntut sebarang perubahan.

“Saya yakin masyarakat Malaysia tidak mahu melihat negara ini menjadi huru hara akibat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Khalid turut berkata mana-mana pihak yang mempunyai sebarang niat jahat sedemikian supaya menghentikannya dengan serta-merta kerana ia berupaya membawa implikasi keselamatan yang amat serius dan akan merosakkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama di negara ini.

Katanya aktiviti dan identiti kumpulan berkenaan sedang dikesan pihak polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada ke atas sesiapa sahaja yang mengganggu-gugat keamanan yang kita kecapi selama ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd