Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

RCI Wang Kelian: Laporan...

PUTRAJAYA - Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan...

Rundingan Damai Selatan Thai...

BANGKOK – Setelah menempuh pelbagai ranjau dan duri selama lebih tiga tahun, rundingan...

Hebat! Anak Ziela Jalil...

BUKAN mudah menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, namun dengan kecekalan dan hati yang...

Hoo-Woon Mara Separuh Akhir...

KUALA LUMPUR - Beregu utama wanita negara Vivian Hoo Kah Mun/Woon Khe Wei mara ke...

Samsung Galaxy J1 Berharga RM399 Cuma.. Murah Ke?

PADA penghujung bulan lepas kita dapat melihat peranti Galaxy J1 sudah disenaraikan di laman rasmi Samsung.

Terkini, peranti berspesifikasi rendah tersebut telahpun dijual di pasaran tempatan, membawakan tanda harga RM399.

Samsung Galaxy J1 sememangnya hadir dengan spesifikasi rendah tetapi masih membawakan beberapa fungsi khusus yang terdapat pada peranti premium Samsung.

Fungsi khusus yang dimaksudkan ialah sokongan Palm Selfie yang membolehkan rakaman gambar dengan gesture tangan, selain sokongan Ultra Power Saving Mode untuk masa penggunaan bateri yang lama.

galaxy-j1_03

galaxy-j1_01

Dari segi spesifikasi, Galaxy J1 membawakan skrin bersaiz 4.3-inci dengan resolusi 480×800 pixel, cip dwi-teras 1.2GHz, memori 512MB RAM, ruangan storan 4GB dan bateri berkapasiti 1850mAh. Manakala untuk rakaman, ia didatangkan dengan kamera 5-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel.


Peranti ini turut mempunyai sokongan dwi-kad SIM dan dilengkapi Android 4.4 KitKat.

Meskipun cuma RM399 namun ia sebenarnya boleh dikatakan agak mahal disebabkan beberapa penggeluar jenama lain menawarkan peranti mampu milik mereka dengan RAM 1 GB berbanding cuma 512 MB untuk telefon bimbit ini.

Bagaimanapun jenama Samsung memungkinkan peranti ini masih jadi pilihan ramai pengguna. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Mdroid

Oleh: hzqahmd

https://www.youtube.com/watch?v=U_5K4Uhw1BM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori