• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SAINS Lanjut Catuan Air Di Tampin, Rembau

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) akan melanjutkan catuan air berjadual bagi daerah Rembau dan Tampin berikutan kekurangan sumber air sedia ada dari Empangan Gemencheh yang masih belum mampu membekalkan air sepenuhnya ke dua daerah ini.

Menurut Penolong Pengurus Bahagian Perhubungan Awam SAINS Norzita Ismail, catuan berselang hari untuk dua daerah tersebut akan dilaksanakan selama dua minggu bermula 2 Mac hingga 13 Mac depan bermula 10 pagi sehingga 10 pagi keesokan hari.

Catuan air bagi penduduk Tampin akan dilaksanakan pada 2, 4, 6, 10 dan 12 Mac manakala untuk penduduk sekitar Rembau pada 3, 5, 9, 11 dan 13 Mac.

“Pelaksanaan catuan ini tidak akan melibatkan hari cuti umum, Sabtu dan Ahad,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Langkah penyambungan semula catuan bekalan air ini dilaksanakan berikutan tiada kenaikan yang dicatatkan pada paras Empangan Gemencheh semenjak Catuan Fasa 1 (Sept 2014), Fasa 2 (Nov 2014) berlanjutan ke Fasa 3 (Jan 2015) sehingga kini.

Norzita berkata paras Empangan Gemencheh yang sehingga semalam merekodkan bacaan sebanyak 94.10m iaitu di bawah paras kritikal iaitu 95.0m.

“Keadaan ini berpunca daripada tiadanya taburan hujan pada Februari. Justeru, pihak SAINS tetap akan meneruskan Catuan Fasa 4 bagi membantu jumlah penggunaan air sehari dan ia memerlukan sebanyak lapan juta gelen sehari,” katanya.

Air terawat yang telah diproses dari Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh yang disalurkan ke daerah Tampin adalah sebanyak 44 peratus atau 5,891 akaun manakala selebihnya adalah bagi daerah Rembau bersamaan 8,467 akaun.

Norzita berkata kerajaan negeri dan SAINS akan meneruskan langkah-langkah persediaan seperti sebelum ini yang mana telah diputuskan bahawa SAINS akan membuat pembelian air mentah dari Kerajaan Melaka dalam tempoh terdekat.

“Sementara itu kerja-kerja penyambungan paip sepanjang 5.25km dari LRA Sawah Raja, Rembau ke laluan paip asal di Astana Raja, Rembau sehinggalah ke Pekan Kota, Rembau akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Namun demikian, kerja-kerja sistem pengepaman air dari Sg Jelai dari Kg Geduhom melalui Ladang Johol serta pembinaan LRA Sawah Raja Fasa 2 akan tetap dilaksanakan oleh kerajaan negeri seperti perancangan asal,” katanya.

Norzita berkata sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan atas sebab-sebab seperti kematian ketika hari catuan, pengguna boleh memohon bantuan lori tangki dari SAINS secara percuma.

Bagi persiapan menghadapi catuan, SAINS akan mengaktifkan pelan tindakan kontigensi yang beroperasi 24 jam di Ibu Pejabat SAINS Seremban 2.

Pengguna yang memerlukan bantuan boleh terus menghubungi SAINS melalui talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982 yang beroperasi 24 jam sehari. Pengguna juga boleh melaporkan aduan melalui sistem SMS ke 06-6033500 dan aduan @sainswater.com. – BERNAMA

Tags: bekalan airNegeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

Kerajaan Negeri Tidak Iktiraf Tindakan Menurunkan Yang di-Pertuan Besar N9

Kerajaan Negeri Tidak Iktiraf Tindakan Menurunkan Yang di-Pertuan Besar N9

20/04/2026
0

SEREMBAN, 20 April 2026 – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan bahawa pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd