• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Menteri Sarawak, Kilang Percetakan Akhbar Ditembak

oleh Ahmad Albab
07/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Rumah Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh sekali lagi menjadi sasaran tembakan pada awal pagi, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.35 pagi di rumah yang terletak di Jalan Ipoh di sini.

Penembak yang sama sebelum itu dipercayai turut melepaskan sedas tembakan ke arah pintu masuk kilang percetakan Akhbar Kumpulan See Hua di Estet Perindustrian Sungai Antu yang terletak kurang 3 kilometer dari rumah Wong pada 5.20 pagi.

“Hanya sedas tembakan dilepaskan di setiap satu tempat kejadian. Senjata yang dipercayai digunakan adalah senapang patah,” kata Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi.

Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati kejadian itu tiada kaitan dengan kes tembakan melibatkan dua pusat beli belah di bandar ini pada 30 Jan lalu.

Kejadian itu dilaporkan kepada polis oleh anak Wong, Datuk Andrew Wong Kee Yew, 39, dan Pengurus Pengeluaran Akhbar Kumpulan See Hua, Wong Teck Chiong, 49.

Kee Yew yang merupakan timbalan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC) menyedari kejadian itu apabila dikejutkan daripada tidur oleh bunyi tembakan dan ketika membuat pemeriksaan beliau mendapati ada kesan tembakan pada cermin di tingkat dua rumah itu.

Sementara itu kejadian di kilang yang mencetak akhbar See Hua, The Borneo Post dan Utusan Borneo itu dilaporkan kepada pengurus pengeluaran kilang terbabit oleh seorang pengawal keselamatan wanita yang terdengar bunyi tembakan dan mengesan serpihan kaca di pintu masuk kaca kilang itu.

Mohd Kamal berkata tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut.

Rumah Wong yang merupakan presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) turut menjadi sasaran beberapa das tembakan pada 13 Ogos tahun lalu, susulan itu tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd