• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Real Madrid Kukuhkan Cengkaman Kuasai Takhta La Liga

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Real Madrid mengukuhkan cengkaman di takhta La Liga dengan kelebihan empat mata selepas mencatat kemenangan ke atas Sevilla 2-1 hasil jaringan James Rodriguez dan Jese pada saingan awal pagi tadi.

Bagaimanapun, juara Eropah itu akan beraksi tanpa kelibat Sergio Ramos dan Rodriguez pada perlawanan penting di tempat lawan menentang juara La Liga, Atletico apabila kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan pada babak separuh masa pertama.

Marcelo pula sudah pasti tidak beraksi di Vicente Calderon selepas dilayangkan kad kuning kelima musim ini pada separuh masa kedua.

Pemain gantian Sevilla, Iago Aspas menjaringkan gol tunggal buat pelawat pada minit ke-80 tetapi kekalahan itu menambah derita apabila menyebabkan kelebihan mereka ke atas Valencia di tangga keempat dibezakan dengan cuma satu mata.

“Sergio mengalami kecederaan hamstring, kami perlukan beberapa hari untuk menilainya. James pula hadapi masalah kaki kanan, saya tidak pasti kecederaan sebenar tapi pastinya mereka tidak dapat diturunkan,” kata Pengurus Real, Carlo Ancelotti.

“Saya tetap yakin terhadap pemain lain. Nacho dan (Raphael) Varane bermain dengan baik, saya menaruh keyakinan tinggi terhadap mereka.

“Kami akan merayu berkenaan kad kuning Marcelo kerana bagi saya ia bukan satu kesalahan,” katanya.

Madrid masih belum dapat menurunkan Cristiano Ronaldo yang menjalani penggantungan dua perlawanan dan Sevilla pula gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan pada separuh masa pertama.

“Memang sukar, kami bermain dengan baik dan dapat peluang tapi amat sukar di sini apabila bertemu Real Madrid,” kata Pengurus Sevilla, Unai Emery. – AFP

Tags: Real Madrid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sebab Bengang, Gadis Curah Asid Pada Zakar Teman Lelaki

Next Post

Seorang Guru, 3 Pelajar Cedera Di Kuala Lipis

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

Next Post

Seorang Guru, 3 Pelajar Cedera Di Kuala Lipis

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd