• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QZ8501: Jasad Mangsa Warga Malaysia Tiba Di Kuching

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURABAYA – Penantian keluarga rakyat Malaysia yang terbabit dalam insiden AirAsia QZ8501 pada 28 Disember tahun lepas berakhir, apabila jenazah Sii Chung Huei diterbangkan ke Kuching, Sarawak hari ini.

Jenazah Sii berlepas dengan pesawat C-130 penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Landasan Udara Angkatan Laut (Lanudal) Tentera Nasional Indonesia di Juanda pada 10.40 pagi tadi.

Turut menaiki pesawat itu isteri Sii, Wong Muk Ngiik bersama dua anaknya serta beberapa anggota keluarga lain dan diiringi seorang pegawai dari Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, mayat Sii ditemui pada 5 Februari dan dikenal pasti menerusi ujian DNA dua hari lepas sebelum diserahkan kepada warisnya semalam.

Katanya, Wong datang semula ke Surabaya pada 6 Februari sebaik sahaja mendapat tahu pihak berkuasa Indonesia telah menemui beberapa lagi mayat.

Wong dan beberapa anggota keluarganya sebelum itu berada di Surabaya selama lebih sebulan sejak hari kejadian pada 28 Disember tahun lepas untuk menunggu pencarian mayat suaminya.

“Kami berterima kasih kepada TUDM dan AirAsia yang telah banyak membantu bagi memudahkan kerja-kerja menguruskan dan menyerahkan jenazah kepada waris Sii serta membawa mayat dan waris ke Kuching di Sarawak,” kata Zahrain kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir mengiringi jenazah Sii di Lanudal ialah isteri Zahrain, Datin Seri Che Mahani Ismail.

Sii, 56, seorang ahli perniagaan berasal dari Kuching dan berpangkalan di Jakarta merupakan rakyat Malaysia tunggal yang berada dalam pesawat malang yang terhempas sejurus berlepas dari Surabaya ke Singapura pada pagi 28 Disember lepas.

Pesawat itu membawa 162 orang dan setakat ini sebanyak 102 mayat ditemui dan pihak berkuasa juga menemui kotak hitam pesawat itu dua minggu lepas.

Operasi mencari mayat masih diteruskan oleh Badan SAR Nasional (Basarnas). – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=3TZSJWcPJTA

Tags: QZ8501
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Trigana Air: Mayat Mangsa Ditemui Tak Sempurna

18/08/2015
0

SUSULAN tragedi sebuah pesawat milik Trigana Air yang terhempas ketika dalam perjalanan menuju Papua, usaha terkini pasukan Mencari dan Menyelamat...

Anak Pilot QZ8501 Redha Jenazah Bapa Tidak Ditemui

24/03/2015
0

ANAK sulung juruterbang pesawat malang Air Asia Penerbangan QZ8501, Angela Anggi Ranastianis, 25, redha dan sudah boleh menerima kenyataan bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd